Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pa.tan] | ليڤتن

Definisi : 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan­-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.pa.tan] | ليڤتن

Definisi : sesuatu yg berlipat; hasil drpd melipat: Dia mengeluarkan duit simpanannya drpd ~ kain itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Bungalah melur kembang setangkai,
     Taruh mari di lipatan kain;
Jikalah benar adik memakai,
     Janganlah adik ingat yang lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Menggunting dalam lipatan.

Bermaksud :

Mencelakakan kawan atau saudara sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hyperfoldinghiperlipatanFizikNanoteknologiLipatan serabut kromatin pada peringkat tinggi oleh ikatan hidrogen lemah untuk menjadi lebih padat. Lipatan ini mudah terurai semasa pembentukan replikasi melalui pembahagian sel atau semasa transkripsi dalam pembentukan molekul asid ribonuklik (RNA). Lipatan ini biasanya berukuran 700 nm lebar.
skindfold thicknessketebalan lipatan kulitSains KesihatanTiadaLipatan kulit yang dapat memberikan anggaran lemak dalam tubuh.
seamslipatanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetakselanjaran yang terbentuk semasa proses penggelekan bilet logam menjadi bentuk plat atau silinder yang lebih kecil. Dalam proses penggelekan bilet, lipatan boleh terbentuk apabila terdapatnya benda asing atau ketakselanjaran pada bilet tersebut.
end paperkertas lapik kulit-TiadaKertas berlipat dua yang separuh daripada lipatan kertas tersebut ditampalkan pada bahagian dalam kulit depan dan bahagian dalam kulit belakang buku kulit keras. Separuh lipatan lagi ditampalkan di sepanjang sisi halaman pertama dan halaman terakhir buku bagi melindungi jilidan buku tersebut.
raised pleatinglisu timbulFesyenTiadaLipatan pada fabrik yang dikenakan di bahagian yok bagi mengembangkan jubah dan memberikan gantungan yang cantik.
frenulumfrenulumPerubatanTiadaIstilah umum bagi lipatan membran mukus atau integumen, yang berfungsi untuk menyekat atau mengehadkan pergerakan sesuatu struktur.
impositionimposisi-TiadaProses menetapkan halaman pada kertas cetak supaya hasil lipatan mengikut urutan halaman yang betul.
secondary structurestruktur sekunderFizikNanoteknologiKeadaan asid nukleik yang dicirikan oleh lipatan rantaian atom dalam bentuk sama ada heliks alfa, kepingan beta atau gelungan rawak. Struktur protein sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen yang terdapat dalam kalangan ikatan pada tulang belakang kumpulan amida, manakala asid nukleik struktur sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen dalam kalangan tapak nitrogen.
crimp markstanda kedutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKecacatan lipatan yang terdapat atas filem yang disebabkan oleh pembengkokan filem secara tajam dan biasanya berlaku semasa proses memuat serta mengeluarkan filem daripada kotak filem.
foliose coralkarang foliosSains MarinTiadaKarang yang berbentuk lembaran yang menonjol pada dasar terumbu, berukuran kecil dan membentuk lipatan melingkar umpama kelopak.
12

Kembali ke atas