oral literature | sastera lisan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang muncul dalam masyarakat pratulisan, dicipta dan disampaikan secara lisan. Sastera lisan merupakan bentuk sastera yang terawal muncul dalam sesuatu masyarakat. Biasanya, sastera lisan bersifat kolektif, dan boleh dimiliki dan dihayati secara bersama. Sastera lisan kebanyakannya dianggap sebagai suatu bentuk seni persembahan kerana melibatkan gerak tubuh, dialog, muzik dan kostum. Sastera lisan disampaikan oleh tukang cerita profesional dan bukan profesional. Tukang cerita profesional digelar Awang Batil, Tarik Selampit, dan Awang Belanga. Oleh sebab sastera lisan disampaikan secara spontan, penciptaannya harus bergantung pada formula, frasa kodi, serta tema yang sudah tersedia dalam tradisi lisan. Formula, frasa kodi dan tema tersedia itu diubahsuai mengikut keperluan teks. Justeru, sastera lisan memperlihatkan ciei-ciri khusus penciptaan lisan, seperti bersifat skematik dan formulaik, serta penuh dengan unsur-unsur perulangan dan keselarian. Sastera lisan terdiri daripada bentuk pros |
oral literature | kesusasteraan lisan; sastera lisan | Kesusasteraan | Tiada | Kesusasteraan yang disampaikan melalui pertuturan atau percakapan dikembangkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. |
oral literature | kesusasteraan lisan; sastera lisan | Linguistik | Tiada | Tiada |
oral transmission | alih lisan/ transmisi lisan | Kesusasteraan | Tiada | Penurunan suatu pengucapan sama ada berbentuk cerita atau bukan cerita secara tidak bertulis yang disampaikan dari satu generasi kepada generasi yang lain. |
formulaic verbal theory | teori formulaik lisan | Kesusasteraan | Tiada | Teori penciptaan lisan yang dipelopori oleh Millman Parry dan Albert Lord. Berdasarkan kajian mereka ke atas puisi Homer dan puisi lisan dari Yugoslavia, mereka mendapati bahawa proses penciptaan lisan bergantung pada penggunaan yang disebut sebagai formula a group of words which is regularly employed under the same metrical conditions to express a given essential idea. Penggunaan formula amat penting bagi sesuatu penciptaan lisan yang berlangsung secara spontan untuk mengelakkan penyampaian yang tersekat-sekat. Biasanya formula mempunyai bentuk frasa kodi yang bersukat, berentak, mudah dihafal serta diingat kembali oleh seseorang pencerita. Formula demikian bukan sahaja membantu hafalan dan penyampaian, tetapi mudah diubahsuai dalam setiap penyampaian. Proses penciptaan lisan juga melibatkan penciptaan semula cerita semasa penyampaian. Contohnya, Amin Sweeney dalam kajiannya tentang penciptaan sastera lisan Melayu, telah memperlihatkan bahawa setiap penyampaian cerita tidak pernah sama, walaupun bagi cerita |
verbal communication | komunikasi lisan | Komunikasi | Korporat | Komunikasi atau perutusan yang menggunakan kaedah pertuturan sebagai alat untuk memindahkan mesej daripada sumber kepada penerima. Bahasa merupakan alat asas yang berfungsi untuk membentuk makna dalam komunikasi lisan. Keberkesanan penggunaan komunikasi lisan banyak bergantung pada kesesuaian pertuturan dengan suasana dan budaya khalayak penerima. Dalam keadaan tertentu, kemahiran menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif diperlukan. Dalam keadaan lain, kemahiran menggunakan bahasa harian atau dialek tempatan boleh meninggalkan kesan mendalam dalam proses komunikasi lisan. Selain itu, kejayaan penggunaan komunikasi lisan juga banyak bergantung pada kemahiran dan kecekapan bertutur, kemampuan menguasai tahap intonasi, dan keupayaan menggabungkan komunikasi lisan dengan bahasa gerak-geri atau tubuh bahasa. Dalam bidang komunikasi korporat, salah satu faktor yang membantu menjayakan proses atau aktivitinya ialah kesedaran yang berterusan tentang kepentingan penggunaan komunikasi lisan yang bersesuaian dengan |
folk epic | epik rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Naratif lisan yang dipersembahkan di hadapan khalayak. Sama seperti karya lisan yang lain, epik rakyat tidak mempunyai pengarang yang jelas, dan menjadi sebahagian daripada tradisi rakyat yang disebarkan secara lisan. Kebanyakan epik rakyat disampaikan dalam bentuk puisi atau separa puisi. Biasanya, epik rakyat yang popular dipertingkatkan dan diperhalus menjadi epik tulisan. Contohnya, Epik Ramayana dan Mahabharata bermula sebagai epik rakyat yang kemudian digubah menjadi karya bertulis. Gilgamesh di Asia Barat dan Beowulf di Eropah ialah contoh epik rakyat yang terkenal. Dalam tradisi Melayu, Cerita Maharaja Wana yang menjadi repertoir dalam wayang kulit Siam di Kelantan ialah contoh epik rakyat yang baik. Epik rakyat dikenali juga sebagai epik primer atau epik primitif. |
social communication | komunikasi sosial | Komunikasi | Korporat | Keadaan dan proses perhubungan antara manusia dalam kumpulan dan masyarakat. Keadaan tersebut melibatkan komunikasi lisan dan bukan lisan yang berlaku dalam situasi perhubungan sosial manusia secara rasmi atau tidak rasmi. Proses hubungan sosial ini melibatkan semua peringkat umur. Ruang lingkup penelitian komunikasi sosial termasuk perkara yang berkaitan dengan pola perhubungan, sama ada berdasarkan demografi, keadaan struktur, ataupun status sosial dalam sesebuah masyarakat. Perancang strategi komunikasi korporat dan pengiklanan perlu mempunyai dan memahami maklumat yang berkaitan dengan komunikasi sosial bagi membantu mereka merancang strategi penyebaran maklumat. Kefahaman dan pengetahuan tentang keadaan dan proses komunikasi sosial ini boleh menghasilkan mesej pemujukan yang bukan sahaja difahami tetapi dihayati dan dirasai oleh khalayak. Sinonim perutusan gaulan. |
non-verbal communication | komunikasi bukan lisan | Psikologi | Psikologi Umum | Komunikasi yang tidak melibatkan pengucapan bahasa. Komunikasi berisyarat ini termasuklah bahasa gerak-geri, gerak isyarat, sentuhan, ekspresi muka atau vokalisasi bukan lisan seperti berdehem. Komunikasi jenis ini juga sama penting dan efektif seperti komunikasi lisan. Sinonim komunikasi nonverbal. |
verbal mediator | perantara lisan | Pendidikan | Tiada | Bahasa lisan yang digunakan untuk membina perkaitan antara idea serta boleh membantu dalam memahami dan mengimbas semula. |