substance purication | penulenan zat | Kimia | Kimia Analisis | Suatu kaedah yang berkesan dalam penulenan logam-logam tertentu. Penulenan kuprum merupakan contoh penulenan yang dilakukan secara besar-besaran. Logam kuprum yang tidak tulen dijadikan anod dalam rendaman asid sulfurik dan kuprum dilarutkan secara elektrolisis, membentuk larutan kuprum sulfat. Ion kuprum terbentuk di katod menghasilkan logam kuprum yang tulen. Keberkesanan kaedah ini disebabkan oleh ketakterlarutan bendasing dalam elektrolit tersebut. |
electrochemical deposition | pengendapan elektrokimia | Kimia | Kimia Analisis | Pembentukan suatu lapisan logam secara elektrolisis. Digunakan dalam proses-proses pengelektrosaduran dan pemulihan logam-logam daripada bijihnya. |
chrome | krom | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Aloi keras yang diperbuat daripada campuran kromium dan logam-logam lain. 2. Pewarna daripada garam krom yang digunakan sebagai bahan campuran dalam cat getah dan sebagainya. |
chrome | krom | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Aloi keras yang diperbuat daripada campuran kromium dan logam-logam lain. 2. Pewarna daripada garam krom yang digunakan sebagai bahan campuran dalam cat getah dan sebagainya. |
ball bearing | galas bebola | Sukan | Lumba Basikal | Alat berbentuk bulat yang diperbuat daripada besi atau logam-logam lain,yang terdapat di semua bahagian yang bergerak pada basikal. |
metal insulator metal junction | sambungan logam penebat logam | Fizik | Nanoteknologi | Struktur peranti elektronik yang terdiri daripada satu lapisan tipis penebat yang diapit oleh dua logam, sama ada logam yang sama atau berlainan jenis. Ketebalan lapisan penebat terdiri daripada beberapa nanometer. Jika lapisan penebat terlalu tipis, penerowongan elektron tunggal dapat berlaku. |
material | bahan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sebatian atau unsur yang bersifat logam, bukan logam atau komposit yang digunakan dalam struktur binaan atau komponen kejuruteraan. Logam boleh diklasifikasikan kepada ferus (keluli, besi dan lain-lain) dan bukan ferus (aluminium, tembaga, loyang, emas dan lain-lain). Bahan bukan logam termasuklah kaca, kayu, getah dan lain- lain. Komposit pula boleh termasuk konkrit, seramik, gentian karbon dan lain-lain. |
alloy | aloi | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Campuran logam hasil daripada adunan satu logam dengan satu logam lain atau lebih. Campuran ini mempunyai ciri yang tersendiri, berlainan daripada sifat logam yang asal. |
heavy metal contamination | kontaminasi logam berat | Herba | Tiada | Pencemaran bahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink yang terkandung dalam herba. Kontaminasi logam berat boleh berlaku disebabkan oleh pencemaran persekitaran secara sengaja atau tidak sengaja, penggunaan pestisid seperti plumbum arsenat dan penggunaan alat pemprosesan yang dibuat daripada bahan logam seperti kuprum dan besi. Penentuan kandungan logam berat berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan logam berat dalam bahan herba yang melebihi nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Logam berat dikesan menggunakan kaedah spektroskopi penyerapan atom. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengehadkan nilai plumbum dan kadmium piawai bagi bahan herba tidak melebihi 10 ppm dan 0.3 ppm masing-masing. |
cathodic protection | pelindungan katod | Kimia | Kimia Analisis | Proses menghalang permukaan logam daripada terkakis apabila logam tersebut digunakan sebagai katod. Proses ini boleh dilakukan sama ada dengan merendamkan logam tersebut dalam larutan atau secara gandingan. |