Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ji] | لوجي

Definisi : 1. gedung, bangunan besar; 2. pejabat syarikat perniagaan zaman dahulu yg dibuat berkubu; 3. kilang (bangunan serta alat-alat di dalamnya spt jentera, mesin, dll); ~ kuasa a) loji utk menerbitkan kuasa atau tenaga (elektrik dll); b) kilang (bangunan) serta alat di dalamnya utk memasang sesuatu (kereta, jentera, dll); ~ penapis loji utk menapis sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ji] | لوجي

Definisi : ; kelapa ~; ®kelapa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ji] | لوجي

Definisi : 1 gedung atau bangunan besar. 2 kilang termasuk bangunan dan alat-alat jentera di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
loji (kata nama)
Bersinonim dengan gedung, kilang.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
outfalllimpah keluarKejuruteraanTiadaLimpahan dari loji-loji pemprosesan atau pembuatan.
reverse osmosisosmosis songsangKejuruteraanTiadaProses penyahgaraman di loji-loji, dengan pembuangan bakteria sekali.
planning engineerjurutera perancanganKejuruteraanTiadaJurutera awam yang merancangkan, bagi kontraktor, keperluannya dari segi kren, pembancuh, dan loji-loji dan bahan-bahan lain yang diperlukan dalam sesuatu kontrak.
enrichment plantloji pengayaanKejuruteraanTiadaLoji pengayaan: Loji tempat bahan mudah belah diperkaya.
herbal pilot plantloji perintis herbaHerbaTiadaLoji industri herba berskala kecil yang dirancang dan dibina untuk mendapatkan pengalaman, data dan maklumat bagi mengendalikan loji sebenar nanti. Contohnya, loji perintis untuk pengekstrakan herba. Sinonim loji pandu herba.
filtration plantloji penuras; loji penapisGeografiTiadaTiada
manufacturing plantloji perkilangan; loji pembuatanPentadbiranTiadaTiada
filtration plantloji penuras; loji penapisPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
barrels per daytong per hariKejuruteraanPetroleumUnit yang dipakai bagi menyatakan kadar pengeluaran minyak dari sesuatu telaga, iaitu jumlah minyak yang dikeluarkan dalam unit tong dalam tempoh sehari. Unit ini juga digunakan bagi kadar pemprosesan atau kadar keupayaan penapisan minyak oleh loji-loji penapis minyak; iaitu menyatakan jumlah minyak tertapis yang dapat dikeluarkan dalam sehari. Rujuk : tong tangki stok per hari.
gas plant productkeluaran loji gasKejuruteraanPetroleumCecair gas asli yang diperolehi daripada gas asli yang telah mengalami pemprosesan di loji pemprosesan gas atau loji gas. Pada setengah-setengah keadaan, cecair ini juga boleh diperolehi daripada kemudahan medan atau daripada peralatan yang terdapat di medan yang mampu untuk memproses gas asli yang dikeluarkan dari medan berkenaan.
12345678910...

Kembali ke atas