Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ka.si] | لوکاسي

Definisi : 1. tempat di luar studio utk membuat penggambaraan: menggalakkan perfileman di ~-~ tempatan; 2. letak, kedudukan: besar kemungkinan kedai-kedai telekom akan dipindahkan jika ~nya sekarang tidak begitu bersesuaian atau jauh dr orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lokasi (kata nama)
Bersinonim dengan tempat, letak, kedudukan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
courier serviceperkhidmatan kurierPentadbiran PerniagaanTiadaPerkhidmatan hantaran bungkusan atau barangan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain dengan cepat.
response forcespasukan tindak balasSains NuklearKejuruteraan ReaktorSekumpulan individu terlatih dan lengkap bersenjata di lokasi kejadian atau di lokasi lain untuk menangani percubaan pemindahan tanpa kebenaran atau tindakan sabotaj.
multiple-location rating planpelan pengkadaran lokasi berbilanginsuransTiadaKaedah yang memberi kredit ke atas risiko harta perdagangan besar yang berada di beberapa lokasi. Kredit ini berdasarkan konsep bahawa rebakan risiko ke beberapa lokasi akan mengurangkan bahaya.
location trianglesegi tiga lokasiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKonsep peletakan industri yang diperkenalkan oleh Weber yang menyatakan lokasi optimum sesuatu industri merupakan keseimbangan antara sumber jaya dengan pengguna.
genetic mappeta genetikBioinformatikBioinformatik MolekulPaparan maklumat yang menunjukkan susun atur lokasi sesuatu gen secara relatif pada kromosom. Lokasi gen pada kromosom dikenali sebagai lokus dan boleh digunakan sebagai penanda molekul untuk mencari jarak di antara gen-gen lain pada kromosom.
virtual runlarian mayaSukanTiadaAcara larian yang dilakukan oleh peserta di lokasi pilihan masing-masing tanpa perlu hadir ke lokasi penganjur. Peserta hendaklah merekodkan larian yang telah dilakukan dalam aplikasi yang ditetapkan.
crime migrationperpindahan jenayahKriminologiKeadilan JenayahPeralihan jenayah ke lokasi yang lain disebabkan oleh beberapa faktor seperti usaha pencegahan jenayah oleh pihak polis di lokasi asal.
genetic linkage analysisanalisis tatakaitan genetikBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah yang digunakan untuk mengesan lokasi alel bagi gen yang menyebabkan penyakit atau ciri. Pengesanan lokasi alel dilakukan dengan mengambil kira faktor pewarisan untuk mengesan jarak relatif antara dua alel yang bersebelahan, berdasarkan pemerhatian bahawa alel bersebelahan yang hampir dalam kromosom akan kekal berhampiran semasa proses pindah silang dalam meiosis.
blaket coverageperlindungan sarwainsuransTiadaInsurans yang memberi perlindungan kepada lebih satu jenis harta di satu lokasi atau beberapa jenis harta di beberapa lokasi.
master boot recordrekod but indukTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTempat khas dalam cakera keras yang menyimpan maklumat lokasi sistem pengendalian untuk dijalankan. Oleh sebab lokasi ini mengandungi rutin permulaan sistem pengendalian, maka rekod ini boleh ditukar untuk memaksa sistem menjalankan kod hasad seperti virus apabila komputer dimulakan. Sinonim sektor but.
123456789

Kembali ke atas