Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lom.bong] | لومبوڠ

Definisi : 1. dalam (pinggan, mangkuk, dll), jeluk; pinggan ~ pinggan dalam; 2. lubang dlm tanah tempat menggali bijih logam, tam-bang; ~ dedah (Geo) lombong yg lubangnya besar dan terbuka ke atas (dikerjakan dgn meng­gunakan kapal korek dan bomba palung); ~ tebuk lombong yg lubangnya tegak atau melintang dan sangat dalam (utk menggali timah sampai ke uratnya); anak ~ pekerja lombong; melombong menggali lombong utk men­dapatkan bijih logam: kapal korek diguna­kan utk ~ bijih timah di kawasan yg besar­-besar; perlombongan 1. pekerjaan melombong: jabatan itu akan membimbing orang Melayu dlm lapangan ~; 2. tempat melombong: di negeri itu terdapat tanah ~ yg kaya; pelombong orang yg mengusahakan lom­bong, tuan punya lombong: bijih timah menyebabkan ramai ~ dan saudagar ber­tumpu ke sana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lom.bong] | لومبوڠ

Definisi : 1 tidak leper (bkn pinggan mangkuk dll); dalam; jeluk: pinggan ~. 2 lubang dlm tanah tempat menggali bijih logam; tambang. ~ dedah lombong yg lubangnya besar dan terbuka (dikerjakan dgn kapal korek atau bomba palung). ~ tebuk lombong yg lubangnya sangat dalam, sama ada menegak atau melintang. melombong menggali lombong utk mendapatkan bijih logam. perlombongan hal-hal yg berkaitan dgn lombong (tambang). pelombongan 1 hal atau perbuatan melombong. 2 tempat melombong. pelombong orang yg mengusahakan lombong; pemilik lombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lombong (kata nama)
Bersinonim dengan tambang, makdan, korok, kolong, tembusan;,
Kata Terbitan : melombong, perlombongan,

Puisi
 

Gulai lobak ikan senangin,
     Nampak lombong mengail emas;
Ombak besar dikacau angin,
     Ikan di tepi mati lemas.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
outbyparan luarKejuruteraanTiadaHala ke pintu lombong dari dalam lombong.
shaft minelombong syafGeografiTiadaLombong yang melibatkan penggerudian melalui alur menegak ke bawah tanah.
quartz minelombong kuartzaGeologiTiadaLombong yang juzuk-juzuk bernilainya seperti emas, terdapat di dalam telerang-telerang bersilika.
hydraulic minelombong hidraulikGeografiTiadaSebuah lombong yang diusahakan melalui proses tembakan air.
open cast minelombong dedahGeografiTiadaSejenis lombong permukaan di mana batuan yang mengandungi mineral dikeluarkan dengan mengorek atau menggali lapisan di atas.
gravel pump minelombong pam kelikirGeografiTiadaLombong kelikir yang menggunakan pam kelikir.
pit minelombong siamGeografiTiadaIstilah untuk menerangkan kerja-kerja lombong terdedah terhadap mendapan tak kansolidat seperti lempung, pasir atau kelikir.
acid mine drainagesaliran lombong asidKejuruteraanTiadaAsid dari lombong yang terbentuk akibat daripada aktiviti perlombongan.
pit headmulut lombongGeografiTiadaBangunan yang terdapat di mulut sebuah lombong arang batu.
pit proptiang; penyangga lombongGeografiTiadaStruktur yang dibina untuk menyokong bahagian atas lombong daripada mengalami kerobohan.
12345678910...

Kembali ke atas