void ratio | nisbah lompang | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah isi padu lompang, Vv berbanding dengan isi padu pepejal bagi satu unit isi padu, iaitu e = Vv/Vs apabila e, ialah nisbah lompang dan Vs ialah isi padu pepejal. |
void volume | isi padu lompang | Perhutanan | Tiada | Isi padu ruang lumen, ruang di antara dinding-dinding sel, dan ruang di dalam dinding sel kayu yang tidak dipenuhi bahan berkayu. Pada kayu basah, ruang ini dipenuhi air. Spesies kayu yang mempunyai nilai ketumpatan bandingan yang rendah biasanya mempunyai isi padu lompang yang tinggi dan mudah diawet. |
void | lompang | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang disebabkan oleh udara atau gas yang terperangkap semasa proses tuangan atau kimpalan yang menyebabkan berlakunya pemejalan, pembentukan, dan percantuman bahan. |
porosity | keliangan | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah isi padu lompang berbanding dengan jumlah isi padu contoh tanah, yang diberikan oleh persamaan: |
wormhole porosity | keliangan lubang ulir | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Lompang yang terjadi semasa proses pemejalan bahan, yang berupa seperti lubang cacing. Keliangan lubang ulir berpotensi untuk menyebabkan kebocoran atau retakan. |
degree of saturation | darjah ketepuan | Kejuruteraan | Tiada | Darjah yang mengukur kandungan air yang memenuhi isi padu lompang di dalam tanah. |
acoustic microscope | mikroskop akustik | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan untuk membesarkan imej struktur dalam sampel, termasuk kecacatan seperti rekahan, pelekangan dan lompang. Mikroskop ini menggunakan frekuensi yang sangat tinggi atau ultratinggi bagi membolehkannya menembusi jauh ke dalam struktur sampel pepejal. |
tissue repair | pembaikan tisu | Fizik | Nanoteknologi | Proses membaiki sendiri tisu kulit atau organ lain apabila berlaku kecederaan. Pada umumnya proses ini dibahagikan kepada empat tahap, iaitu pendarahan, keradangan, percambahan dan pembentukan semula. Nanoteknologi digunakan untuk membantu membaiki semula tisu secara tabii. Contohnya, bahan sintetik bioserasi dengan lompang bersaiz nano digunakan sebagai acuan untuk membentuk semula tisu dan pada masa yang sama membekalkan bahan kimia untuk membantu proses pembaikan. |
reflector | pemantul | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Media yang mempunyai pelbagai jenis, bentuk dan saiz tertentu yang berfungsi memantulkan gelombang bunyi. Gelombang bunyi akan dipantul atau diserakkan apabila tiba pada sempadan media yang berlainan. Misalnya, pada sempadan antara udara dengan keluli, gelombang bunyi akan dipantulkan. Antara contoh pemantul dalam ujian ultrasonik termasuklah lompang udara, retakan dan sanga. |