Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kosong: dlm dadaku terasa ~; 2. gelembung atau ruang seni dlm sel (menganĀ­dungi udara, air, dll); lompangan lompang; ~ udara gelembung (ruang) yg mengandungi udara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. alat utk menumbuk beras dll; 2. ark lesung; kuih ~ sj kuih (bentuknya spt lompang atau lesung) dibuat drpd tepung beras; berlompang berlekuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. laras meriam; 2. penjodoh bilangan bagi meriam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak berisi apa-apa; kosong. 2 gelembung atau ruang seni di dlm sel yg berisi udara atau air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 alat (tempat) menumbuk beras dll; lesung. 2 kuih yg dibuat drpd tepung beras (bentuknya spt lompang 1). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lompang (adjektif)
Bersinonim dengan kosong, berongga, bergeronggang, lompong, kelompang, kelontong.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
void rationisbah lompangKejuruteraanTiadaNisbah isi padu lompang, Vv berbanding dengan isi padu pepejal bagi satu unit isi padu, iaitu e = Vv/Vs apabila e, ialah nisbah lompang dan Vs ialah isi padu pepejal.
void volumeisi padu lompangPerhutananTiadaIsi padu ruang lumen, ruang di antara dinding-dinding sel, dan ruang di dalam dinding sel kayu yang tidak dipenuhi bahan berkayu. Pada kayu basah, ruang ini dipenuhi air. Spesies kayu yang mempunyai nilai ketumpatan bandingan yang rendah biasanya mempunyai isi padu lompang yang tinggi dan mudah diawet.
voidlompangTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetakselanjaran yang disebabkan oleh udara atau gas yang terperangkap semasa proses tuangan atau kimpalan yang menyebabkan berlakunya pemejalan, pembentukan, dan percantuman bahan.
porositykelianganKejuruteraanTiadaNisbah isi padu lompang berbanding dengan jumlah isi padu contoh tanah, yang diberikan oleh persamaan:
wormhole porositykeliangan lubang ulirTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLompang yang terjadi semasa proses pemejalan bahan, yang berupa seperti lubang cacing. Keliangan lubang ulir berpotensi untuk menyebabkan kebocoran atau retakan.
degree of saturationdarjah ketepuanKejuruteraanTiadaDarjah yang mengukur kandungan air yang memenuhi isi padu lompang di dalam tanah.
acoustic microscopemikroskop akustikNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlat yang digunakan untuk membesarkan imej struktur dalam sampel, termasuk kecacatan seperti rekahan, pelekangan dan lompang. Mikroskop ini menggunakan frekuensi yang sangat tinggi atau ultratinggi bagi membolehkannya menembusi jauh ke dalam struktur sampel pepejal.
tissue repairpembaikan tisuFizikNanoteknologiProses membaiki sendiri tisu kulit atau organ lain apabila berlaku kecederaan. Pada umumnya proses ini dibahagikan kepada empat tahap, iaitu pendarahan, keradangan, percambahan dan pembentukan semula. Nanoteknologi digunakan untuk membantu membaiki semula tisu secara tabii. Contohnya, bahan sintetik bioserasi dengan lompang bersaiz nano digunakan sebagai acuan untuk membentuk semula tisu dan pada masa yang sama membekalkan bahan kimia untuk membantu proses pembaikan.
reflectorpemantulTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikMedia yang mempunyai pelbagai jenis, bentuk dan saiz tertentu yang berfungsi memantulkan gelombang bunyi. Gelombang bunyi akan dipantul atau diserakkan apabila tiba pada sempadan media yang berlainan. Misalnya, pada sempadan antara udara dengan keluli, gelombang bunyi akan dipantulkan. Antara contoh pemantul dalam ujian ultrasonik termasuklah lompang udara, retakan dan sanga.

Kembali ke atas