Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[long] | لوڠ

Definisi : sj peti mayat (yg tidak berlantai), keranda; ~ kajang rungkup dua keping papan yg dijadikan bumbung penutup mayat di dlm liang; papan ~ papan utk menutup lahad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[long] | لوڠ

Definisi : mercun besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[long] | لوڠ

Definisi : 1. singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata long


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
long grip spray gunpenyembur panjangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenyembur yang digunakan untuk mengecat bahagian bawah kereta.
long-term assetaset jangka panjangEkonomiTiadaAset kewangan yang mempunyai masa matang yang panjang, biasanya satu tahun atau lebih, atau yang tidak mempunyai masa matang yang pasti. Misalnya, simpanan tetap yang melebihi satu tahun, bon yang hanya boleh ditebus selepas satu tahun.
long bonetulang panjangSains SukanBiomekanikStruktur tulang yang terdiri daripada bahagian batang (diafisis) dan dua bahagian hujung, yang dikenali sebagai epifisis. Tulang panjang merupakan tulang yang keras dan padat. Salah satu fungsi tulang ini adalah untuk menghasilkan sel darah merah melalui sumsum tulang. Tulang panjang terdapat pada anggota tubuh seperti tangan (ulna, humerus) dan kaki (femur, tibia).
long term disability insuranceinsurans hilang upaya jangka panjanginsuransTiadaPolisi kumpulan atau individu yang memberi perlindungan yang lebih lama daripada insurans hilang upaya jangka pendek. Biasanya sehingga insured mencapai umur 65 tahun jika insured mengidap penyakit atau seumur hidup bagi insured ditimpa kemalangan.
long term policypolisi jangka panjanginsuransTiadaPolisi kumpulan atau perseorangan yang memberikan tempoh perlindungan yang lebih panjang daripada biasa.
long tailed liabilitytanggungan Iiabiliti ekoran panjanginsuransTiadaKeadaan sesuatu kecederaan yang mengambil masa lama untuk diketahui dan tuntutan yang mungkin dibuat lama selepas kejadian berlaku biasanya 25 tahun atau lebih.
long haulerpenggejala berpanjanganKesihatan AwamTiadaIndividu yang mengalami satu atau lebih kesan jangka masa panjang akibat daripada penyakit serius yang pernah dihidapinya seperti COVID-19 walaupun telah sembuh sepenuhnya sebelum itu. Gejala tersebut termasuklah sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit.
long-COVID-19 symptomsimptom COVID-19 berpanjanganKesihatan AwamTiadaPelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala.
long-tailed COVID-19COVID-19 berlarutanKesihatan AwamTiadaPelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala.
long range ordertertib julat panjangFizikNanoteknologiSusunan teratur atom dalam pepejal berstruktur hablur yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom yang sama adalah lebih besar. Susunan atom ini berulang pada julat yang berpanjangan. Contohnya, tertib julat panjang terdapat dalam bahan berhablur seperti silikon dan intan. Banding tertib julat pendek.
123

Kembali ke atas