[long.go/] | لوڠݢوق
Definisi : himpunan (buah, padi, sampah, dll), onggok, timbun, tompok: buah itu sepuluh sen se~; berlonggok, berlonggok-longgok berhimpun, beronggok(-onggok), bertimbun-timbun, bertompok-tompok: kain baju yg belum bercuci berlonggok-longgok; beberapa orang pekerja duduk berlonggok-longgok di situ; melonggokkan menghimpunkan, menimbunkan, menompokkan: nasi dilonggokkan di dlm daun itu; longgokan himpunan, timbunan, tompokan: lalat banyak hinggap di ~ sampah itu; pelonggokan perihal (proses atau perbuatan) melonggokkan, penimbunan: ~ sampah sarap di tepi jalan tentunya menjelikkan pemandangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[long.go/] | لوڠݢوق
Definisi : himpunan yg bertindih-tindih dan tidak teratur (bkn barang jualan dll); tompok: jual ~ jualan yg dibuat secara selonggok-selonggok (bukan satu-satu). berlonggok berhimpun secara longgok (bkn barang jualan dll). berlonggok-longgok bertimbun-timbun; bertompok-tompok. melonggokkan menghimpunkan supaya berlonggok; menimbunkan: Mereka ~ buah kelapa yg telah digugurkan itu di satu tempat. longgokan sesuatu yg dihimpunkan berlonggok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)