Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luah] | لواه

Definisi : ; meluah 1. berasa hendak muntah, me­loya; 2. muntah; meluahkan 1. mengeluarkan drpd mulut, memuntahkan; 2. ki mengeluarkan, me­lahirkan: ia ingin ~ hasrat yg telah lama terpendam; saluran ini juga membolehkan para pekerja ~ perasaan geram dan tidak puas hati; dimakan mati emak diluahkan mati bapa = hendak ditelan termengkelan, hendak diluahkan tiada keluar prb dlm keadaan yg serba salah; terluah diluahkan, dilahirkan, diungkapkan: banyaklah kenangan lama ~ satu demi satu; luahan 1. sesuatu yg diluahkan (dimuntahkan dsb); 2. kata-kata (perasaan dsb) yg dikeluar­kan atau dilahirkan: sbg orang lama dlm kerajaan dan parti, ~ Encik Ghafar ini me­rupakan rasa kecewa beliau terhadap golong­an tersebut; ~ emosi; perluahan tempat atau bekas utk meluah­kan: maka tanah itu diludahkannya ke dlm sebuah ~; peluahan perihal (proses) meluahkan sesuatu (perasaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luah] | لواه

Definisi : ; meluah berasa hendak muntah; meloya. meluahkan 1 mengeluarkan sesuatu dr dlm mulut; memuntahkan. 2 mengeluarkan (hasrat, pendapat dsb); melahirkan: Dia ~ isi hatinya kpd ayah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luah
Kata Terbitan : meluah, meluahkan, luahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
expressionisticluah rasaKesusasteraanPuisiLihat ekspresionistik.
trauma dumpingluah traumaPsikologiTiadaTiada
expressionisticekspresionistikKesusasteraanPuisiPuisi yang lahir daripada perasaan penyair sebagai pengucapan peribadinya. Contohnya, puisi "Aku" karya Chairil Anwar. Sinonim luah rasa. Kalau sampai waktuku 'Ku mau tak seorang'kan merayu Tidak juga kau Tak perlu sedu-sedan itu Aku ini binatang jalang Dari kumpulan yang terbuang

Kembali ke atas