Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[luas] | لواس

Definisi : 1. tidak sempit, lapang, lebar: tanah di belakang rumahnya ~; 2. besarnya sesuatu kawasan, besarnya sesuatu permukaan (hasil drpd panjangnya didarabkan dgn lebarnya): ~ kebun itu ialah tiga hektar; 3. ki tidak sempit (pengetahuan, pengertian, dll): pengetahuan­nya sangat ~; perkataan tersebut mempunyai erti yg sangat ~; 4. tidak terbatas (peman­dangan), lantang; 5. besar atau banyak (pengalaman, kesempatan, perbincangan): di dlm buku itu, dibincangkan tujuan pen­didikan dgn ~; kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih ~ kpd rakyat umum; seluas-luasnya paling luas; meluas menjadi luas (banyak dll), bertambah luas, merebak: penjajahan telah ~ mulai dr revolusi perindustrian di Eropah; perkem­bangan bahasa kebangsaan ~ sejak negara mencapai kemerdekaan; meluaskan menjadikan lebih luas (besar, banyak, dll), menambah dsb supaya menjadi lebih luas (besar dll), membesarkan: kerajaan telah membuat rancangan utk ~ kawasan padi; memperluas menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka; keluasan 1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~ badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2. kelapangan, kelong­garan, keringanan, kesempatan: persatuan peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar; perluasan perihal menjadi luas; peluasan perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas: kekurangan hasil penye­lidikan sastera dan bahasa terasa sekali oleh para pengajar di sekolah yg sifat pelajaran tidak lagi merupakan ~ melainkan pen­dalaman soal; peluas orang (alat) yg meluaskan; ~ lubang alat utk meluaskan lubang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[luas] | لواس

Definisi : 1 tidak sempit; lapang: Kawasan di sekeliling rumahnya sangat ~. 2 besarnya sesuatu permukaan atau kawasan: Kawasan itu ~nya 10,000 meter persegi. 3 tidak sempit (bkn pengetahuan, pemandangan dll): Ilmu pengetahuannya ~. meluas menjadi luas; bertambah luas; merebak: Penggunaan bahasa Melayu telah mula ~. meluaskan menjadikan luas (ttg kawasan, ilmu dsb); membesarkan: ~ kawasan; ~ ilmu pengetahuan. memperluas menjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan. keluasan 1 keadaan luas: Kelulusan dan ~ pengalamannya menyebabkan dia berjaya menjadi pengarah yg baik. 2 luasnya sesuatu kawasan. perluasan hasil drpd usaha memperluas: ~ kawasan jajahan Inggeris turut memperluas penggunaan bahasanya. peluasan perbuatan (usaha dsb) meluaskan: Perkembangan ini berhubung rapat dgn ~ jajahan oleh kesultanan Melaka. pemerluasan perihal (perbuatan dsb) memperluas: Sistem perhubungan dan pengangkutan mestilah selaras dgn proses ~ wilayahnya. peluas 1 orang yg meluaskan. 2 alat yg digunakan utk meluaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,

Puisi
 

Budak-budak tanam lengkuas,
     Tanam mari tepi kota;
Sudah jumpa tempat yang luas,
     Cukup sedap main senjata.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Menantikan buah rumbia masak.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
agglomerateaglomeratNanoteknologiTiadaGumpalan nanozarah yang terbentuk melalui tindak balas daya yang lemah seperti daya van der Waals atau ikatan kusut fizikal yang mudah. Luas permukaan yang terhasil adalah serupa dengan jumlah luas permukaan komponen individu. Nisbah luas permukaan dengan isi padu yang tinggi memberikan tenaga permukaan yang tinggi, untuk meminimumkan tenaga permukaan nanozarah menghasilkan aglomerat. Tindak balas ini menyebabkan berlakunya proses lekatan di antara nanozarah hingga membentuk zarah bersaiz lebih besar.
plot rationisbah plotPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaNisbah antara jumlah luas lantai sesuatu bangunan dengan luas plot bangunan itu.
territorial integritykeutuhan wilayahSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan atau wilayah yang luas atau berselerak dalam satu negara yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Pulau yang banyak dan berjauhan atau kawasan pedalaman yang luas tidak mengurangkan interaksi wilayah ini dengan pusat serta kawasan ain. Hal ini, tidak mencabar semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Dalam negara ini, tidak wujud gerakan pemisahan atau usaha menarik keluar sesuatu wilayah dari negara tersebut. Contohnya, wilayah Kanada tetap utuh walaupun ia mempunyai kawasan yang sangat luas dan tersebar serta etnik yang pelbagai .
aggregateagregatNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanGumpalan nanozarah yang terbentuk hasil daripada proses pelakuran mempunyai ikatan yang kuat. Luas permukaan yang terhasil lebih kecil daripada jumlah luas permukaan komponen individu rantai.
money and securities broad form policypolisi bentuk luas wang dan sekuritiinsuransTiadaPolisi insurans yang diperoleh oleh syarikat perniagaan untuk melindungi mereka daripada kerugian wang dan sekuriti disebabkan pelbagai jenis bahaya kecuali pemalsuan dan penipuan oleh pekerjanya. Polisi ini biasanya memberikan perlindungan yang lebih luas ke atas kerosakan, penggelapan dan pengeluaran wang dan sekuriti secara tidak sah.
prismoidal formulaformula prismoidKejuruteraanTiadaRumus yang digunakan dalam penghitungan kuantiti-kuantiti kerja tanah, dan menyatakan bahawa isi padu sebarang prismoid sama dengan satu per enam panjangnya didarab dengan hasil tambah dua luas hujung ditambah empat kali luas tengah.
rich interpretationtafsiran luasSains KesihatanTiadaProses menganalisis ujaran kanak-kanak dengan mengambil kira aspek linguistik dan bukan linguistik.
extended familykeluarga luasSosiologi KeluargaTiada-
broad licenselesen luasTeknologi MaklumatTiadaLesen terbuka secara meluas untuk membenarkan pengguna mengubah suai perisian dan menggunakan kod dalam produk milik seseorang, termasuk yang diedarkan untuk keuntungan.
reduced covered arealuas kawasan liputPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas