agglomerate | aglomerat | Nanoteknologi | Tiada | Gumpalan nanozarah yang terbentuk melalui tindak balas daya yang lemah seperti daya van der Waals atau ikatan kusut fizikal yang mudah. Luas permukaan yang terhasil adalah serupa dengan jumlah luas permukaan komponen individu. Nisbah luas permukaan dengan isi padu yang tinggi memberikan tenaga permukaan yang tinggi, untuk meminimumkan tenaga permukaan nanozarah menghasilkan aglomerat. Tindak balas ini menyebabkan berlakunya proses lekatan di antara nanozarah hingga membentuk zarah bersaiz lebih besar. |
plot ratio | nisbah plot | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Nisbah antara jumlah luas lantai sesuatu bangunan dengan luas plot bangunan itu. |
territorial integrity | keutuhan wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan atau wilayah yang luas atau berselerak dalam satu negara yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Pulau yang banyak dan berjauhan atau kawasan pedalaman yang luas tidak mengurangkan interaksi wilayah ini dengan pusat serta kawasan ain. Hal ini, tidak mencabar semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Dalam negara ini, tidak wujud gerakan pemisahan atau usaha menarik keluar sesuatu wilayah dari negara tersebut. Contohnya, wilayah Kanada tetap utuh walaupun ia mempunyai kawasan yang sangat luas dan tersebar serta etnik yang pelbagai . |
aggregate | agregat | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Gumpalan nanozarah yang terbentuk hasil daripada proses pelakuran mempunyai ikatan yang kuat. Luas permukaan yang terhasil lebih kecil daripada jumlah luas permukaan komponen individu rantai. |
money and securities broad form policy | polisi bentuk luas wang dan sekuriti | insurans | Tiada | Polisi insurans yang diperoleh oleh syarikat perniagaan untuk melindungi mereka daripada kerugian wang dan sekuriti disebabkan pelbagai jenis bahaya kecuali pemalsuan dan penipuan oleh pekerjanya. Polisi ini biasanya memberikan perlindungan yang lebih luas ke atas kerosakan, penggelapan dan pengeluaran wang dan sekuriti secara tidak sah. |
prismoidal formula | formula prismoid | Kejuruteraan | Tiada | Rumus yang digunakan dalam penghitungan kuantiti-kuantiti kerja tanah, dan menyatakan bahawa isi padu sebarang prismoid sama dengan satu per enam panjangnya didarab dengan hasil tambah dua luas hujung ditambah empat kali luas tengah. |
rich interpretation | tafsiran luas | Sains Kesihatan | Tiada | Proses menganalisis ujaran kanak-kanak dengan mengambil kira aspek linguistik dan bukan linguistik. |
extended family | keluarga luas | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
broad license | lesen luas | Teknologi Maklumat | Tiada | Lesen terbuka secara meluas untuk membenarkan pengguna mengubah suai perisian dan menggunakan kod dalam produk milik seseorang, termasuk yang diedarkan untuk keuntungan. |
reduced covered area | luas kawasan liput | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |