Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.cah] | لوچه

Definisi : hina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan: kata-kata ~; perempuan ~ pelacur; kelucahan kecabulan, kehinaan, kekejian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.cah] | لوچه

Definisi : tidak sopan; tidak senonoh; keji: kata-kata ~ kata-kata yg tidak senonoh. perempuan ~ pelacur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lucah (adjektif)
Bersinonim dengan cabul, tidak senonoh, tidak sopan, keji, jijik, hina, rosak akhlak, rosak moral;,
Kata Terbitan : kelucahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
obscene materialbahan lucahKriminologiKeadilan JenayahBahan-bahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang bersifat jelik, jijik dan seksual yang merosakkan atau bertentangan dengan moral awam.
scatologyskatologiKesusasteraanTiadaPerihal merangkumkan karya yang bercorak lucah dengan karya berunsur humor kasar. Contoh karya skatologi ditemui dalam novel Shit, novelet Muntah dan cerpen �Kentut� oleh Shahnon Ahmad. Skatologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �pengetahuan najis�.
child pornographypornografi kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahBahan lucah kanak-kanak dalam bentuk visual, teks atau audio serta aktiviti yang berkaitan dengan penghasilan bahan-bahan tersebut. Penghasilan bahan ini adalah satu bentuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.
old comedykomedi lamaKesusasteraanTiadaBentuk drama yang bercirikan kepestaan, bernada lucu dan lucah. Drama ini muncul di Athens pada kurun ke-15, mempersendakan individu yang masih hidup dalam bentuk satira topikal menggunakan korus bertopeng dan berkostum yang menggerunkan. Drama ini berkembang daripada persembahan dan upacara meningkatkan kesuburan alam dan manusia bagi mengingati Dewa Dionysius. Aristophanes merupakan penulis komedi lama yang masyhur. Antara karyanya yang terkenal ialah The Clouds, The Knights, dan The Frogs. Banding komedi baru.
pornographypornografiKriminologiKeadilan JenayahBahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang menunjukkan perlakuan seksual, lucah, tidak senonoh, bertujuan meningkatkan keinginan atau nafsu seksual serta aktiviti yang berkaitan dengan penghasilan bahan-bahan tersebut.
online pornographypornografi dalam talianKriminologiKeadilan JenayahBahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang menunjukkan perlakuan seksual, lucah, tidak senonoh, bertujuan meningkatkan keinginan atau nafsu seksual serta aktiviti yang berkaitan dengan penghasilan bahan-bahan tersebut yang berlaku dalam talian. Sinonim pornografi internet.
pornographic materialbahan pornografiKriminologiKeadilan JenayahBahan-bahan dalam bentuk visual, teks, atau audio yang menunjukkan perlakuan seksual, lucah, tidak senonoh, bertujuan meningkatkan keinginan atau nafsu seksual.

Kembali ke atas