Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.kis] | لوکيس

Definisi : ; pandai ~ ark orang yg pandai membuat gambar, pelukis, tukang lukis; seni ~ (hasil) kecekapan menggambar yg elok-elok; melukis 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; melukiskan ki 1. membayangkan, menampak­kan: bibirnya ~ senyuman; 2. menceritakan (mengisahkan) hal sesuatu, membentangkan: rencana itu ~ penderitaan yg dialami rakyat; terlukis 1. terbayang, tergambar: ~ dlm kepala­nya kesibukan kota London itu; 2. teriwayat, terceritakan; lukisan 1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal; pelukisan perihal melukiskan: pengarang sastera sejarah mengusahakan ~ peristiwa­peristiwa yg disaksikannya sendiri; cara ~ watak dan peristiwa dlm novel ini lurus dan tidak mengarah kpd simbolisme; pelukis orang yg (kerjanya) melukis, tukang lukis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.kis] | لوکيس

Definisi : ; melukis membuat gambar dgn menggunakan cat, pensel dll: Dia ~ gambar kucing pd kertas itu. melukiskan 1 melukis (gambar dsb) utk seseorang: Ahmad ~ adiknya gambar seekor gajah. 2 menceritakan sesuatu keadaan atau hal; mengisahkan; menggambarkan: Cerpen itu ~ kesusahan orang-orang kampung. lukisan 1 sesuatu yg dilukis; hasil melukis; gambar: ~nya memenangi hadiah pertama. 2 keterangan, cerita dll yg menggambarkan sesuatu. ~ teknik lukisan (pelan bangunan dsb) yg menggambarkan sistem atau struktur sesuatu benda. pelukis orang yg pandai melukis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lukis
Kata Terbitan : melukis, melukiskan, terlukis, lukisan, pelukis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nocturnenocturneKesenianSeni LukisLukisan pemandangan waktu malam.
vorticismvortisismeKesenianTiadaPergerakan seni lukis abstrak di England pada 1912-1915, yang melibatkan pengaruh Kubisme dan Futurisme.
frottagefrotajKesenianTiadaTeknik menghasilkan citra dengan menggosokkan bahan lukis lembut seperti arang, pensel atau kertas yang telah diletakkan atas permukaan yang berjalinan
grotesquegrotesKesusasteraanTiadaPengherotan bentuk manusia yang pelik dan hodoh dalam seni ukir, seni bina, dan seni lukis. Istilah ini juga merujuk kepada representasi aneh perlakuan dan sifat manusia atau sifat binatang dalam karya sastera, bertujuan untuk mengejutkan, menyindir, dan mempersendakan. Contoh karya berunsur grotes terdapat pada watak �Uriah Heep� dalam karya bertajuk David Copperfield oleh Charles Dickens (1812 � 1870). Namun, unsur grotes lebih ketara dalam karya absurd moden yang ditulis oleh penulis eksistensialis. Contoh tempatan ciri-ciri grotes ini boleh ditemui pada watak peran dalam Menora dan mek Mulung. Grotes berasal daripada perkataan Latin grotte bermaksud �gua batu�.
grotesquelokohKesenianHiasan DalamanGambaran hiasan atau lukisan dinding berbentuk manusia dan haiwan yang aneh, hodoh, lucu yang tidak seimbang atau tidak natural dalam seni hiasan seperti seni ukir, seni lukis dan seni bina.
foliofolioKesusasteraanTiadaSatu lembar kertas cetak yang apabila dilipat dua, menjadi empat halaman. Dalam tradisi percetakan Eropah, folio bermaksud sebuah buku bersaiz 12 inci x 15 inci. Folio juga merupakan kaedah penjilidan buku yang awal. Contohnya, drama Shakespeare telah dibukukan dalam folio pada tahun 1623. Walau bagaimanapun folio bukan hanya terbatas kepada bahan tulisan sastera tetapi juga meliputi bahan lakaran, seni lukis, gambar, kraf dan lain-lain. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, folio merupakan suatu bentuk yang biasa dalam penulisan manuskrip Melayu. Sebelum kaedah pencetakan dan penjilidan saintifik diperkenalkan di Tanah Melayu, pengarang Melayu menghasilkan karya dalam bentuk folio yang berbeza saiz dan bentuknya. Kini, contoh folio manuskrip Melayu masih tersimpan di beberapa buah perpustakaan, arkib, dan muzium. Folio berasal daripada perkataan latin yang bermaksud �helai�.

Kembali ke atas