plan | pelan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Reka bentuk mendatar atau susun atur pada bahagian bangunan yang diperincikan oleh lukisan bangunan. Lukisan ini dihasilkan dalam bentuk lukisan dua dimensi daripada keratan mendatar satu meter dari aras lantai. Pelan juga menggambarkan pandangan atas sesebuah objek. |
blueprinting | proses blueprint | Kesenian | Hiasan Dalaman | Proses mencetak semula lukisan asal. Proses ini membolehkan pelukis pelan yang menghasilkan pelan, lukisan terperinci dan semua jenis lukisan yang dilukis di atas kertas surih menghasilkan seberapa banyak kepingan lukisan yang disukai untuk kegunaan pembinaan. Lukisan asal disimpan di suatu tempat yang terkawal bagi menjaga kualiti, memudahkan rujukan atau membuat pembetulan. |
flexible curve | pembaris liut | Kesenian | Hiasan Dalaman | Alat yang digunakan untuk melukis bagi menggantikan lengkung Perancis untuk membuat pelbagai bentuk lukisan, terutamanya yang berbentuk bulatan. Peralatan ini juga membolehkan pelukis pelan mengubah bentuk dari satu lukisan kepada satu lukisan yang lain. |
base line | garisan asas | Kesenian | Hiasan Dalaman | Garisan melintang yang paling bawah dalam lukisan seni bina. Garisan ini menandakan asas lukisan atau reka bentuk yang terbawah. Contohnya, dalam lukisan perspektif, garisan ini menandakan atau membayangkan satah gambar di atas aras tanah. Dalam bidang kejuruteraan dan ukur tanah pula, garisan asas merupakan garisan pertama yang menandakan lokasi dan ukuran sebagai asas atau dasar. Garisan asas ini akan menentukan garisan-garisan, sudut dan jarak lain yang tercatat atau telah diprogramkan dalam bidang ukur tanah, atau sebidang tanah pada peta atau pelan. |
axonometric projection | unjuran aksonometrik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Unjuran lukisan persembahan yang menggambarkan objek atau bangunan dalam tiga dimensi. Lukisan aksonometrik dilukis berdasarkan sudut pelan yang tertentu, seperti 30 darjah - 60 darjah, 40 darjah - 50 darjah atau 20 darjah - 70 darjah. |
focus | fokus; wujud (teori Gestalt) | Kesenian | Tiada | 1. Tumpuan utama dalam lukisan daripada segi hal subjek atau reka bentuk.,2. Kejelasan gambar dalam lukisan. |
focal point | titik fokus . | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Bahagian sesuatu objek yang paling menarik perhatian pemerhati di dalam ruang. Contohnya, lukisan atau ayat suci di ruang tamu. 2. Titik penting yang digunakan dalam unjuran lukisan perspektif atau lakaran. |
as-built drawing | lukisan seperti binaan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
as-built drawing | lukisan seperti binaan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
artwork | kerja seni | - | Tiada | Lukisan, gambar rajah, gambar foto dan bahan bukan teks yang lain disediakan untuk dimasukkan dalam bahan penerbitan. |