Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.kut] | لوکوت

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), jejoh, jirak, jirik, medang melukut, merpadi paya, Symplocos fasciculata; 2. Br sj tumbuhan (paku), Platycerium spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.kut] | لوکوت

Definisi : ®melukut I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lukut

Puisi
 

Buah beringin buah bidara,
     Dari Lukut ke Pulau Pinang;
Hati ingin kepada dara,
     Hati takut hendak meminang.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lukut seraganai(Mel.)lukut seraganai(Mel.)KesenianTiadaCorak ukiran berunsur geometi berbentuk segi empat tepat yang salah satu sudutnya bertindih.
heritage tourismpelancongan warisanPelanconganTiadaAktiviti lawatan ke tempat peninggalan warisan, seperti tempat bersejarah A� Famosa, Kota Lukut dan Taman Negara.
purbawarapurbawaraKesusasteraanTiadaPersembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merupakan sebahagian daripada genre sandiwara yang merangkumi drama sejarah dan ceterawara. Dalam purbawara mengisahkan tentang kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, Sejarah Johor dan tokoh pahlawan. Namun, kemudiannya purbawara menyerap cerita moden yang menyentuh isu semasa. Antara cerita yang dipentaskan ialah Robohnya Kota Lukut karya Kala Dewata, Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrum Husain, Gugurnya Melati Pujaan Temasik oleh Atan Ali, dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang.

Kembali ke atas