Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lum.puh] | لومڤوه

Definisi : 1. tidak kuat atau tidak bertenaga (kaki atau bahagian-bahagian lain tubuh): segenap sendi anggotanya lemah ~, tidak berdaya hendak berjalan; 2. ki tidak bergerak (berjalan): segala kerja kesatuan itu telah ~; bagai si ~ pergi merantau prb tidak mungkin dilakukan; yg ~ penghuni rumah = yg ~ pengejut ayam prb setiap orang itu ada gunanya; melumpuhkan menjadikan lumpuh, me­lemahkan: tujuan mereka hendak ~ gerakan gerila di hutan; kelumpuhan perihal lumpuh: setelah meng­alami ~ selama beberapa tahun, kesatuan itu mulai bergerak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lum.puh] | لومڤوه

Definisi : 1 tidak kuat dan tidak bertenaga (bkn kaki atau bahagian tubuh yg lain): Emaknya tidak dpt berjalan kerana menghidap penyakit ~. 2 ki tidak bergerak atau tidak berjalan (bkn sesuatu). perniagaan, persatuan dll): Pemogokan itu menyebabkan ekonomi negara menjadi ~. melumpuhkan menjadikan lumpuh; melemahkan: Mereka tidak berjaya menakluk Melaka tetapi berjaya ~ kuasa Portugis. kelumpuhan keadaan lumpuh; kelemahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan sapih: tepok, capik, petut, layuh,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tidak bergerak, tidak berjalan, berhenti, terbantut, gagal,

Kata Terbitan : melumpuhkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paralysis timemasa lumpuhKejuruteraanTiadaMasa sistem pembilang tak beroperasi dikawal oleh sistem lumpuh.
infantile paralysislumpuh bayiPerubatanTiadaPenyakit yang disebabkan oleh organisma virus yang menyerang korda spina dan mengakibatkan inflamasi. Bercirikan deman, sakit tekak, pening dan muntah-muntah di belakang tubuh dan leher. Tanpa rawatan boleh menjadi lumpuh.
disablelumpuhMatematikTiadaTiada
paralyselumpuhPerubatanTiadaTiada
hysterical paralysislumpuh histerisPendidikanTiadaTiada
range paralysislumpuh padangVeterinarTiadaTiada
flaccid paralysislumpuh lembikVeterinarTiadaTiada
Chastek paralysislumpuh ChastekKimiaTiadaTiada
bee paralysislumpuh lebahPertanianTiadaTiada
crippled leapfroglompatan lumpuhKomputerTiadaTiada
123456

Kembali ke atas