zombie | zombie | Teknologi Maklumat | Tiada | 1.Dalam persekitaran sistem pengendalian UNIX, ia dirujuk sebagai proses atur cara yang telah mati tetapi belum lagi mengembalikan masukan jadual prosesnya ke sistem. 2.Dalam WWW, ia bermaksud tapak web yang terbiar dan lapuk kandungannya dan telah bertukar alamat. Zombie menghasilkan keadaan pautan reput. 3.Satu bentuk serangan nafi khidmat(DoS). Tapak zombie akan menerima mesej berniat jahat yang akan menjanakan banyak permintaan yang akhirnya menyebabkan tapak itu musnah atau menjadikannya lumpuh sehinggakan tidak dapat melayani permintaan lain. |
carbon disulfide poisoning | keracunan karbon disulfida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada karbon disulfida (formula kimia, CS2), iaitu cecair dengan takat didih 46�C, yang digunakan dalam bentuk wap sebagai insektisid dan sebagai pelarut industri. Bahan ini boleh menyebabkan kesesakan dan edema saluran gastrousus. Had pendedahan ialah 10 ppm, dan dos parah dianggarkan 1 g secara pengingesan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan. Keracunan akut yang terjadi akibat terdedah pada kepekatan dari 100 ppm hingga 1000 ppm menyebabkan gejala yang bermula dengan keresahan, kerengsaan membran mukus, rabun penglihatan, loya dan muntah, serta sakit kepala, yang seterusnya mengakibatkan tidak sedar dan lumpuh pernafasan. Jika terkena pada kulit, karbon disulfida menyebabkan kemerahan dan rasa pedih, dan kemudian retak dan mengelupas. Jika cecair terus bersentuhan dengan kulit selama beberapa minit, kebakaran darjah kedua mungkin terjadi. Pengingesan menyebabkan muntah, sakit kepala, sianosis, pengurangan pernafasan, tekanan darah turun, tidak sedar, terketar-ketar, konvul |