Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.mur] | لومور

Definisi : ; berlumur, berlumuran berlumang (bergelumang) dgn lumpur (minyak, debu, dll), terpalit-palit dgn kotoran (lumpur dll): ia membuka kasut yg sudah ~ lumpur; melumuri menyapu badan dll dgn (minyak dll): ~ mukanya dgn bedak; melumurkan, melumur menyapukan (minyak, lumpur, dll), melumangkan, memalit-malitkan: ~ arang ke mukanya; dilumurkannya minyak ke kepala budak itu; lumuran sesuatu yg dilumurkan (spt minyak, lumpur, dll); pelumuran perbuatan melumurkan atau melumuri sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.mur] | لومور

Definisi : ; berlumur penuh berpalit atau bergelumang dgn sesuatu (lumpur, minyak dsb): Kepalanya ~ dgn darah. Kasutnya ~ dgn lumpur. melumur menyapu badan dll dgn sesuatu (spt minyak, ubat): Dia ~ kaki anaknya dgn minyak angin. melumurkan menyapukan sesuatu pd sesuatu yg lain; melumaskan: Dia ~ bedak sejuk pd mukanya. lumuran sesuatu yg dilumurkan atau yg berlumur pd. berlumuran ada lumurannya; berlumur dgn: Kepalanya ~ darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumur
Kata Terbitan : berlumur, melumurkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bastelumurPentadbiran PerniagaanTiada2. Lumur: Proses menyapu cecair ke atas makanan yang sedang dimasak dengan berus atau senduk untuk membasahkannya.
bastelumurPentadbiran PerniagaanTiada2. Lumur: Proses menyapu cecair ke atas makanan yang sedang dimasak dengan berus atau senduk untuk membasahkannya.
bastelumurMakanan dan PemakananMakananProses menyapu atau meletakkan bahan tertentu pada makanan semasa makanan tersebut sedang dimasak. Proses melumur ini bertujuan untuk melembapkan makanan dan seterusnya memberikan rasa kepada makanan tersebut. Contoh makanan yang biasa melalui proses ini ialah daging. Manakala bahan lumur yang biasa digunakan ialah mentega cair, sos dan jus.
stainlumurKomunikasi MassaTiadaTiada
bastelumur; sutera ChinaKesenianTiada1. Sutera China:Istilah Belgium yang merujuk kepada kain sutera China.
ink smearlumur dakwatKejuruteraanTiadaTiada
dentine smear layerlapisan lumur dentinPergigianTiadaLapisan dentin yang terbentuk hasil daripada pemotongan dentin pada peringkat penyediaan kaviti atau kanal akar. Lapisan dentin ini terdiri daripada puing-puing dentin yang mengandungi mineral dan protein yang melekat secara longgar pada permukaan dentin yang tertinggal.
smear-on-paste techniqueteknik lumur pelekatPertanianTiadaTiada
tooth cleansingpembersihan gigiPergigianTiadaProses membersihkan permukaan gigi atau kaviti dengan menggunakan sejenis bahan kimia iaitu asid sitrik. Gigi tersebut akan bersih daripada pencemaran seperti plak atau lapisan lumur. Proses ini untuk memastikan bahan tampalan dapat melekat pada gigi dan tahan lama.

Kembali ke atas