Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.suh] | لوسوه

Definisi : 1. renyuk, kumal (pakaian dll): baju itu sudah ~ di tangannya; 2. sudah rosak atau luntur kerana lama terpakai dll (bkn kain baju dll), sudah tidak segar lagi (kerana mengalami kesusahan, menderita, dsb): mereka memakai pakaian seragam berwarna kuning yg sudah ~; melusuhkan menjadikan lusuh, memakai selalu (baju dll) hingga menjadi lusuh; kelusuhan perihal (keadaan) lusuh: pd haki­katnya ~ dirinya itu adalah akibat bebe­rapa banyak penyakit yg menghinggapnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.suh] | لوسوه

Definisi : 1 sudah luntur warnanya atau sudah usang (bkn pakaian): Baju sekolahnya sudah ~. 2 berkerumuk atau kumal (bkn pakaian). melusuhkan menjadikan lusuh atau usang; mengumalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lusuh (adjektif)
Bersinonim dengan pudar, usang, rosak, luntur;,
Kata Terbitan : melusuhkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hachneyedlusuhKesusasteraanTiadaStail penulisan yang terlalu biasa dan membosankan. Tema penulisan berkisar tentang perkara remeh-temeh yang kurang diberi perhatian oleh pembaca. Lihat juga klise.
hackneyedlusuhKesusasteraanPuisiLihat klise.
wear and tearhaus dan lusuhPenilaian Harta TanahTiadaTiada
fair wear and tearhaus dan lusuh berpatutanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
nanotribologynanotribologiFizikNanoteknologiKajian yang berkaitan dengan geseran, haus, lusuh dan pelinciran pada skala nanometer. Contohnya kajian lekatan suatu lapisan berketebalan nanometer ke atas permukaan suatu bahan untuk membuat pelincir dalam industri kereta. Alat yang biasa digunakan untuk kajian nanotribologi ialah mikroskop daya atom (AFM).
reinstatement clausefasal pengembalian semulainsuransTiadaSyarat yang boleh diminta oleh insured untuk dimasukkan ke dalam polisi apabila kiraan tuntutan dibuat tanpa mengambil kira keadaan haus, lusuh dan susut nilai harta yang diinsuranskan.
hackneyedkliseKesusasteraanPuisiPengungkapan atau pemilihan kata, frasa atau kalimat yang terlalu kerap digunakan dalam sebuah puisi. Kesannya, keaslian dan keistimewaan kata, frasa atau kalimat tersebut terasa hilang. Contohnya, 'sekuntum mliwar di jambangan menjadi idaman kurnbang'. Sinonim lusuh. .

Kembali ke atas