gear box soup | sup tulang lutut | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
meniscus | meniskus | Sains Sukan | Biomekanik | Ligamen antara lutut yang berbentuk seperti bulan. Ligamen ini berfungsi sebagai penyerap hentakan semasa pergerakan. |
collateral ligament | ligamen kolateral | Sains Sukan | Biomekanik | Ligamen utama yang meliputi aspek lateral dan medial lutut. |
anterior cruciate ligament | ligamen krusiat anterior | Sains Sukan | Biomekanik | Satu atau dua ligamen pada sendi lutut yang mempunyai lekatan di tibia anterior dan kondil lateral posterior di femur. |
patellofemoral joint | sendi patelofemoral | Sains Sukan | Biomekanik | Sendi yang menghubungkan patela dengan tulang femur pada lutut. |
callus | kalus | Herba | Fitoterapi | 1. Penebalan setempat keratin kulit disebabkan tekanan atau geselan secara kronik. Kalus biasanya terjadi di tapak kaki, tangan, lutut dan siku. 2. Tulang baharu yang terbentuk di sekeliling tulang yang tercedera semasa proses penyembuhannya. 3. Kulit keras dan tebal yang terbentuk pada kulit pokok selepas kulit mengalami kecederaan. Kalus terbentuk sebagai satu proses pemulihan kecederaan. |
psoriasis | psoriasis | Herba | Fitoterapi | Penyakit kulit kronik yang dicirikan oleh tompok-tompok gatal, bersisik dan berwarna merah pada bahagian badan seperti siku, tapak tangan, lengan, lutut, kaki dan kulit kepala. |
Ortolani's test | ujian Ortolani | Kejururawatan | Tiada | Ujian yang dijalankan ke atas bayi untuk mengesan dislokasi pinggul kongenital. Ujian ini dilakukan dengan membaringkan bayi dalam posisi supin. Lutut bayi dibengkokkan dan putaran sendi pinggul dicuba. Bunyi klik akan didengar jika sendi itu tidak stabil. |
anterior | anterior | Sains Sukan | Biomekanik | Berkaitan dengan orientasi kedudukan yang mengarah ke bahagian hadapan jasad. Contohnya, dahi berada di bahagian anterior tengkorak, manakala patela berada di bahagian anterior sendi lutut. |
synovial joint | sendi sinovial | Sains Sukan | Biomekanik | Sendi yang mempunyai rawan di bahagian hujung tulang, berfungsi untuk melancarkan pergerakan. Contoh sendi sinovial ialah sendi yang terdapat di bahagian siku, lutut, bahu, pinggul dan pergelangan kaki. |