honeynet | rangkaian umpan madu | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Rangkaian sistem yang menyerupai rangkaian sistem sebenar yang direka bentuk untuk memerangkap kod atau pengguna hasad. Rangkaian sistem ini mungkin diisi data palsu dengan tujuan merekodkan kaedah penggodaman dan mengumpul bukti pencerobohan terhadap penggodam. Lihat juga umpan madu. |
honeypot | umpan madu | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem yang menyerupai sistem sebenar yang direka bentuk untuk memerangkap kod atau pengguna hasad. Sistem ini mungkin diisi dengan data palsu dengan tujuan merekodkan kaedah penggodaman dan mengumpul bukti pencerobohan terhadap penggodam. Sistem ini dapat membantu pemilik sistem mempelajari dan memperbaik kelemahan yang terdapat pada sistem komputernya. Lihat juga rangkaian umpan madu. |
babymoon | bulan madu hamil | Umum | Tiada | Percutian santai atau romantis oleh pasangan suami isteri sebelum kelahiran bayi mereka. |
honeymoon tourism | pelancongan bulan madu | Pelancongan | Tiada | Aktiviti melancong bagi pasangan suami isteri yang baharu berkahwin dan mempunyai ciri-ciri yang romantik. |
honeymoon phase | fasa bulan madu | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Fasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa. |
antitussive | antitusif | Herba | Tiada | Herba yang digunakan untuk menahan batuk. Contoh herba ini ialah asam jawa, madu dan limau nipis. |
electuary | makjun | Herba | Tiada | Sediaan herba dos oral separa pepejal. Ramuan makjun dibuat daripada serbuk herba, gula, madu atau sirap dan kadangkala diuli dalam bentuk sfera. Makjun biasanya disediakan oleh pengamal perubatan tradisional in situ. Contohnya, makjun tongkat ali. |
monolithic catalytic converter | penukar bermangkin monolitik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penukar bermangkin yang mempunyai bahagian laluan udara yang berbentuk indung madu atau sarang lebah yang diperbuat daripada seramik. Struktur ini menyediakan permukaan yang disaluti unsur pemangkin yang luas. Konfigurasi ini menghasilkan tindak balas kimia gas ekzos yang lebih cekap dan laluan gas ekzos yang lebih lancar dan kurang kehilangan tekanan. Sinonim penukar monolitik Banding penukar bermangkin lapisan berpelet. |
herbal pills | pil herba | Herba | Tiada | Sediaan dos oral pepejal herba berbentuk sfera. Pil dibuat daripada satu atau lebih bahan herba dan eksipien seperti madu, lilin dan tepung ubi. Pada masa kini pil jarang-jarang digunakan lagi kerana telah digantikan dengan sediaan tablet. |
optical rotation | putaran optik | Herba | Tiada | Darjah atau arah anjakan cahaya terkutub satah apabila melalui bahan kiral, seperti isomer suatu sebatian kimia akan memutarkan cahaya terkutub satah mengikut arah jam dengan simbol + (dekstroputaran) atau melawan arah jam dengan simbol � (levoputaran). Putaran optik ialah kaedah rasmi untuk menentukan kualiti minyak herba dan madu. Contohnya nilai putaran optik bagi minyak serai wangi (�4� hingga +5�, BP), minyak pala (+8� hingga +18�, BP) dan madu (maks.+0.6�, BP). |