magnet | magnet | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahan ferus yang mempunyai kutur utara (U) dan kutub selatan (S), yang mempunyai sifat menarik bahan ferus lain. |
magnet floater | pengapung magnet | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Medan magnet yang bertindak mengapungkan panel logam supaya dapat diangkat satu demi satu. |
magnetic force microscopy (MFM) | mikroskopi daya magnetik (MFM) | Fizik | Nanoteknologi | Penggunaan mikroskop daya magnet untuk mencerap fasa magnet suatu sampel dengan cara mengimbas suatu penduga pada permukaan sampel. Alat yang biasa digunakan ialah mikroskop daya atom yang menggunakan suatu penduga khas yang peka kepada medan magnet. Mikroskop daya magnet dapat mengukur resolusi sehingga 10 nm. Contoh penggunaan alat ini adalah untuk mengkaji fasa magnet pada pita video dan jalur magnet bagi kad kredit atau kad bank. Lihat juga mikroskop daya atom (AFM). |
residual magnetism | magnet baki | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Magnet yang masih tertinggal dalam alat magnet selepas arus elektrik yang menghasilkan magnet diputuskan. |
giant magnetoresistance (GMR) | magnetorintangan raksasa (GMR) | Fizik | Nanoteknologi | Fenomena rintangan bahan tertentu yang berubah terlalu besar apabila medan magnet dikenakan terhadapnya. Kesan ini dapat dilihat pada struktur multilapisan magnet, dengan dua lapisan magnet diasingkan dengan rapat oleh suatu lapisan dengan ketebalan beberapa nanometer. Lapisan magnet pertama hanya membenarkan elektron dalam suatu keadaan spin melepasinya dengan mudah sekiranya lapisan magnet kedua sejajar dengannya. Sekiranya lapisan kedua tidak sejajar, aliran spin tidak mudah merentasi struktur kerana rintangan elektrik adalah tinggi. Contohnya dalam struktur multilapisan Fe/Cr dan Co/Cu, magnitud perubahan rintangan adalah sekitar 100% pada suhu rendah. Antara penggunaan magnetorintangan raksasa ialah penderia kompas elektronik, ingatan magnet bukan meruap dan pengesanan periuk api. |
nanopores containment | pengurungan nanoliang | Fizik | Nanoteknologi | Pengurungan atau pengisian liang-liang di dalam sebatian berliang dengan nanozarah. Contohnya, dalam pembuatan bahan magnet komposit, sebatian berliang ini akan diisi dengan zarah magnet. Sifat magnet bahan ini sama ada fero atau antifero bergantung pada bilangan dan jenis nanozarah yang diisi dalam liang tersebut. Antara sebatian berliang yang sesuai untuk pembuatan bahan magnet ini ialah zeolit yang mempunyai liang dengan bentuk tertentu. |
magnetic storage | storan magnet | Fizik | Nanoteknologi | Kaedah penyimpanan data menggunakan bahan magnet dengan memberikan corak pemagnetan berbeza atas lapisan permukaan bahan tersebut. Corak ini dikaitkan dengan isyarat digital. Idea penstoran magnet pertama kalinya telah dikemukakan oleh Oberlin Smith dalam tahun 1888 dan perakam magnet pertama telah dicipta oleh Valdemar Poulsen dalam tahun 1898. Storan magnet yang moden menggunakan bahan butiran nanomagnet sehingga dapat menyimpan data yang sangat besar. Contohnya, cakera keras berketumpatan tinggi. |
keeper | penjaga | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Besi yang diletak pada bahan magnet untuk menumpukan garis daya magnet supaya kekuatan magnet boleh kekal lama. |
magnetofluid | magnetobendalir | Fizik | Nanoteknologi | Koloid yang terdiri daripada zarah magnet bersaiz sekitar 10 nm disalut dengan suatu surfaktan untuk mengelakkan berlakunya penggumpalan. Koloid ini diampaikan dalam suatu cecair seperti minyak transformer atau kerosin. Apabila dikenakan medan magnet luar, nanozarah akan menjajar mengikut arah medan luar dan bendalir akan bersifat magnet. Contoh zarah magnet tersebut ialah magnetit (Fe3O4). Sinonim ferobendalir. |
magnetic resonance imaging (MRI) | pengimejan resonans magnet (MRI) | Fizik | Nanoteknologi | Teknik pengimejan digital komputer yang berasaskan tindak balas denyutan pendek gelombang radio ke atas medan magnet bagi menghasilkan imej struktur atau tisu biologi. Apabila denyutan gelombang radio bertindak ke atas tisu, proton akan teruja dan seterusnya mengalami penyantaian yang tenaganya dapat diukur, yang nilainya berkadaran dengan ketumpatan proton dalam tisu. Teknik ini berguna untuk mengesan barah, malah lebih selamat digunakan berbanding penggunaan sinar-X atau sinar gama. Kebanyakan mesin MRI mempunyai kekuatan medan magnet dalam julat 0.3 - 3 Tesla. Mesin MRI dengan kekuatan sehingga 9 Tesla pula hanya sesuai dalam penyelidikan bahan magnet. Teknik ini juga dikenali sebagai Tomografi Resonans Magnet atau dalam bidang kimia sebagai Resonans Magnet Nuklear (NMR). |