semi-skilled labour | buruh separuh mahir | Ekonomi | Tiada | Buruh yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang diperoleh daripada pengalaman bekerja dan/atau latihan separuh profesional. Buruh separuh mahir berbeza daripada buruh mahir dari segi kepakaran, iaitu kepakaran yang dimiliki tidaklah begitu khusus dan memerlukan proses pembelajaran atau latihan yang lebih rumit dan yang lebih lama memakan masa. Misalnya, mekanik kereta, juruteknik, dan jurukimpal. |
state craft | mahir urus negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | lImu atau kemahiran dalam pengurusan pemerintahan, kepimpinan atau politik. Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan seorang pemimpin menguruskan negaranya dengan cekap, berkesan, adil, bersih dan bijaksana. Machiavelli seorang tokoh falsafah politik telah memperkenalkan istilah mahir urus negara ini. Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat dianggap sebagai memiliki kemahiran urus negara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. |
skilled labour | buruh mahir | Ekonomi | Tiada | Buruh yang mempunyai kepakaran khusus yang diperoleh daripada latihan profesional dalam bidang tertentu. Misalnya, jurutera, juruterbang, dan arkitek. |
mixologist | juruadun minuman | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Orang yang mahir dalam mencampurkan koktel dan minuman lain. |
celebrity chef | cef selebriti | Umum | Tiada | Tukang masak mahir yang telah mencapai kemasyhuran dan pengiktirafan awam. |
technocracy | teknokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan yang dilaksanakan oleh golongan mahir atau masyarakat yang ditadbir oleh segolongan pakar yang arif dalam bidang masing-masing. Dalam pemerintahan, golongan ini diberi tanggungjawab besar untuk merancang dan melaksanakan pemerintahan negara. Dengan itu, ia tidak terpilih atau dilantik atas dasar undi popular atau sokongan ramai. Contohnya ialah sistem pentadbiran yang diamalkan di Amerika Syarikat yang melantik tokoh teknokrat yang terkenal di negara tersebut untuk memegang jawatan penting dalam pemerintahan. |
subprofessional group | kumpulan subikhtisas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kumpulan separa profesional atau separuh mahir dalam sesuatu bidang atau organisasi. Dalam organisasi, kumpulan ini membentuk sebahagian besar daripada golongan pekerja. Kelompok ini tidak memiliki kemahiran yang tinggi tetapi tetap diperlukan sebagai kakitangan sokongan yang penting. Contohnya, golongan pembantu tadbir. |
problem solving therapy | terapi penyelesaian masalah | Perubatan | Psikiatri | Rawatan yang diberikan kepada pesakit yang kurang mahir untuk menyelesaikan masalah kehidupan, terutama pesakit yang mengalami kemurungan, skizofrenia atau gangguan mental yang lain. |
cyber kid club | kelab kanak-kanak siber | Pendidikan | Tiada | Perkumpulan atau persatuan yang ahli-ahlinya terdiri daripada kanak-kanak yang mahir dengan teknologi komputer. |
cyber kid club | kelab kanak-kanak siber | Pendidikan | Tiada | Perkumpulan atau persatuan yang ahli-ahlinya terdiri daripada kanak-kanak yang mahir dengan teknologi komputer. |