Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id pengadilan yg tertinggi; ~ tinggi mahkamah yg mengadili perkara yg besarĀ­besar spt pembunuhan dll (diadili oleh Hakim Besar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mahkamah yg paling tinggi yg menentukan rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi, menyelesaikan soal-soal perlembagaan yg dirujuk oleh Mahkamah Tinggi dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mahkamah agung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sitting and vacation (Supreme Court)persidangan dan cuti (Mahkamah Agung)Undang-undangTiadaTiada
International Court of Justice (ICJ)Mahkamah Pengadilan AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaMahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1946 dan terdiri daripada 15 orang hakim yang dilantik oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB. Mahkamah ini merupakan sebahagian daripada PBB dan berfungsi sebagai badan pengadilan bagi negara yang terlibat dalam konflik tertentu dan bersetuju untuk diadili oleh badan ini. Mahkamah ini memutuskan sesuatu keputusan keadilan berdasarkan undang-undang antarabangsa. Di samping itu, badan ini juga memberi nasihat kepada institusi lain dalam PBB. Kes pertama yang pernah dirujuk kepada mahkamah ini ialah kes Terusan Corfu pada tahun 1946 yang melibatkan negara United Kingdom dan Albania. Dalam kes ini, mahkamah ini memutuskan United Kingdom telah melanggar kedaulatan Albania kerana membersihkan periuk api di terusan Corfu, yang dipercayai telah dipasang dengan pengetahuan Albania dan meletupkan dua kapal pemusnah milik United Kingdom semasa melayari terusan tersebut. Mahkamah ini juga menetapkan jumlah kerugian yang perlu dibayar oleh Albania kepada United Kingdom. Sino
International Court of Justice (ICJ)Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaMahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1945 di The Hague, Belanda, dan merupakan satu daripada lima organ utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mahkamah ini berperanan mendengar pertikaian antara negara dan seterusnya menyelesaikan pertikaian antara negara tersebut. Sesebuah negara boleh membawa kes pertelingkahan untuk diselesaikan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan negara-negara yang bertelingkah mestilah bersetuju pada bidang kuasa mahkamah tersebut. Sebarang keputusan yang dibuat oleh mahkamah tersebut hanya akan mengikat negara bertelingkah tetapi tidak mengikat negara-negara yang lain. Mahkamah ini juga mempunyai bidang kuasa memberi pendapat nasihat apabila diminta oleh Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan atau mana-mana badan yang dibenarkan oleh Piagam PBB. Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikawal selia oleh Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa 1945.
advisory opinionpendapat nasihatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu bidang kuasa Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang menangani hal-hal yang berkaitan penyediaan jawapan bagi persoalan undang-undang antarabangsa yang diperlukan oleh organ utama PBB, terutamanya Perhimpunan Agung PBB. Dalam hal ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa diminta untuk memberikan pendapat nasihat atau pandangan perundangan berkenaan persoalan tersebut. Pendapat nasihat tersebut tidak mengikat mana-mana negara atau pertubuhan, tetapi ia boleh membentuk undang-undang adat antarabangsa pada masa hadapan. Contoh kes yang melibatkan pendapat nasihat ialah kes Difference Relating to Immunity from Legal Process of a Special Rapporteur of the Commission on Human Rights yang diputuskan pada tahun 1999 berkenaan tindakan mahkamah Malaysia mendengar kes saman yang membabitkan seorang agen PBB.
state practiceamalan negaraUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAmalan yang dilakukan oleh sesebuah negara secara umum dan konsisten. Amalan ini merupakan salah satu komponen dalam undang-undang adat antarabangsa. Contoh amalan negara ialah penggubalan undang-undang, pelaksanaan polisi eksekutif dan keputusan kehakiman. Bukti sesuatu amalan negara boleh ditemui dalam perjanjian antarabangsa, keputusan mahkamah, undang-undang bertulis, resolusi Perhimpunan Agung PBB, ucapan pemimpin negara atau amalan pertubuhan antarabangsa.

Kembali ke atas