Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mah.ko.ta] | مهکوتا

Definisi : 1. tajuk kebesaran raja: dikenakan ~ di hulu baginda; 2. ki (orang) yg meme­rintah, raja; ~ alam raja yg memerintah se­kalian alam; ~ negeri raja yg memerintah sesebuah negeri; putera (tengku) ~ anak raja yg bakal menggantikan ayahandanya; wakil ~ wakil raja; 3. gelaran utk orang besar-besar: Datuk Raja M~; 4. perhiasan kepala spt yg biasa dipakai oleh pengantin perempuan (pe­menang peraduan ratu cantik dsb); 5. ki jan­tung hati, kekasih: ~ hatiku; bermahkota memakai mahkota, menjadi raja yg memerintah; raja-raja yg ~ raja-raja yg memerintah; memahkotai meletakkan mahkota (pd ke­pala raja) sbg menobatkan baginda menjadi raja, mengenakan mahkota pd (orang yg naik takhta menjadi raja); pemahkotaan perihal (perbuatan, upacara, dsb) memahkotai (orang yg naik takhta men­jadi raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mah.ko.ta] | مهکوتا

Definisi : 1 pakaian kepala yg dibuat drpd emas serta bertatahkan permata dll utk raja-raja yg bertakhta; songkok kebesaran raja-raja. 2 ki orang yg memerintah; raja: putera (tengku) ~ anak raja yg akan naik takhta. ~ alam raja segala alam. ~ hati (jiwa) orang yg dikasihi. ~ negeri raja yg memerintah negeri. memahkotai meletakkan atau mengenakan mahkota ke kepala raja; menobatkan seseorang menjadi raja. kemahkotaan upacara memahkotai raja; pertabalan: Rakyat jelata dpt melihat istiadat ~ raja itu menerusi peti televisyen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mahkota (kata nama)
Bersinonim dengan tiara, taj, tajuk, patam, jamang, jejamang, puspa;,
Kata Terbitan : memahkotakan, pemahkotaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
metonymymetonimiKesusasteraanTiadaKiasan kata yang menggantikan sesuatu benda dengan benda yang lain pada sifat yang ada. Contohnya, mahkota untuk monrki. Perkataan �mahkota� dalam contoh di atas membawa konotasi daulat, wibawa, istiadat, keagungan dan feudalisme. Contoh lain ialah �bunga� untuk wanita, �kumbang� untuk lelaki dan �pentas� untuk teater. Istilah metonimi berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna �penukaran nama�.
piston crownmahkota ombohKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian teratas omboh yang bentuknya bergantung kepada jenis enjin, nisbah mampatan dan tatarajah injap. Mahkota ini berfungsi untuk memampatkan campuran udara-bahan api semasa lejang aruhan, menyediakan permukaan untuk me- nerima beban tekanan akibat pembakaran semasa lejang kuasa serta menolak keluar gas ekzos selepas terbakar semasa lejang ekzos. Sinonim kepala omboh.
piston headkepala ombohKejuruteraan AutomotifEnjinLihat mahkota omboh.
combustion chamberkebuk pembakaranKejuruteraan AutomotifEnjinRuang di antara mahkota omboh dengan kepala silinder semasa berlaku pembakaran. Isi padu ruang ini berubah mengikut pergerakan omboh.
wedge combustion chamberkebuk pembakaran bajiKejuruteraan AutomotifEnjinRuang pembakaran di antara mahkota omboh dengan kepala silinder berbentuk baji apabila dipandang dari tepi. Bentuk ini dapat menghasilkan pembakaran yang cekap. Bentuk ini juga sangat popular kerana blok silinder dan kepala silinder boleh dihasilkan melalui proses penuangan yang sesuai untuk pengeluaran massa.
oil ringgelang minyakKejuruteraan AutomotifEnjinGelang yang terletak paling jauh daripada mahkota omboh. Gelang minyak dipasang pada omboh untuk menyingkirkan baki minyak pelincir yang berlebihan dan masih melekat pada dinding silinder. Penyingkiran ini dapat mengelakkan minyak pelincir daripada melepasi omboh dan masuk ke dalam kebuk pembakaran. Minyak yang berlebihan sekiranya masuk ke dalam omboh akan terbakar dan menghasilkan bahan toksik yang akan dibebaskan ke persekitaran bersama-sama gas ekzos. Sinonim gelang kawalan minyak.
ring groovealur gelangKejuruteraan AutomotifEnjinRuang yang digunakan untuk menempatkan gelang pada om- boh. Ruang ini terletak di antara mahkota omboh dengan cemat omboh.
clearance volumeisi padu legaanKejuruteraan AutomotifEnjinIsi padu dalam silinder semasa omboh berada pada kedudukan takat tinggi atas. Ruang ini terbentuk antara permukaan mahkota omboh dengan bahagian atas kebuk pembakaran dan merupakan isi padu kebuk pembakaran minimum yang boleh dicapai. Isi padu ini biasanya dinyatakan dalam unit sentimeter padu (cc).
piston skirtkambi ombohKejuruteraan AutomotifEnjinBahagian omboh yang berada di bawah lubang cemat omboh. Bahagian ini membentuk perumah cemat omboh bersama-sama dengan mahkota omboh.
carbon depositmendakan karbonKejuruteraan AutomotifEnjinSisa berwarna hitam yang terhasil daripada pembakaran bahan api yang melekat pada bahagian dalam kebuk pembakaran enjin seperti palam pencucuh, omboh, mahkota omboh atau dinding silinder. Kesan daripada pembentukan mendakan ini akan mengurangkan kecekapan enjin.

Kembali ke atas