Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? semahunya, semahu-mahu, semahu-mahu-nya sekehendak (sesuka) hati, sewenang­wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja; mahupun meskipun, walaupun; memahu-mahu, memahukan 1. memak­sa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd; memahui, mengemahui menghendaki, me­nuntut (supaya); kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hu] | ماهو

Definisi : 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan,
     tak mahu membuang umpan.

Bermaksud :

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

 

Lihat selanjutnya...(58)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
secessionpemisahanSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan yang mahu memisahkan satu wilayah dalam sesebuah negara untuk menjadi sebuah negara yang baru dan merdeka. Gerakan ini wujud dalam sebuah wilayah yang memiliki satu identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti majoriti rakyat atau nasional negara tersebut seperti bahasa, agama, budaya dan warna kulit. Gerakan ini boleh bersifat penentangan bersenjata dan kekerasan yang sering berakhir dengan jumlah korban yang tinggi atau boleh juga secara sah melalui parti politik, NGO dan mengusulkannya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau badan antarabangsa yang diiktiraf. Contohnya, Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Tamil Eelam di Sri Lanka.
quiet quittingkerja lewaPentadbiranTiadaSikap pekerja yang tidak menunjukkan kesungguhan untuk bekerja dan hanya mahu melakukan kerja hakiki sahaja serta enggan melakukan kerja tambahan.
anorexia nervosaanoreksia nervosaKejururawatanTiadaKeadaan psikofisiologi yang mengakibatkan pesakit tidak berselera makan atau tidak mahu makan sehingga menjadi kurus kering dan akhirnya boleh membawa maut.
abstainberkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganTingkah laku aktor politik sama ada individu, kelompok atau negara yang tidak mahu campur tangan, terlibat atau menyokong mana-mana pihak yang sedang bersaing dan berkonflik. Pendirian ini merupakan darjah berkecuali yang sangat tinggi berbanding dengan dasar neutralisme. Contohnya, Switzerland dianggap sebagai negara yang mengamalkan dasar berkecuali ini dalam pelbagai isu dan konflik dunia.
pseudonymnama samaranKesusasteraanTiadaNama yang digunakan oleh seseorang penulis dalam karyanya untuk maksud dan sebab-sebab tertentu. Penulis tidak mahu menggunakan nama sebenar dan memilih suatu nama yang lain sebagai gantinya. Nama samaran yang digunakan mungkin hampir atau berbeza sepenuhnya dengan namanya yang sebenar. Terdapat penulis yang menggunakan singkatan nama sebenarnya sebagai nama nama samaran. Contohnya, nama Keris Mas bagi Sasterawan Negara (SN) Kamaluddin Muhammad, Tongkat Warrant bagi SN Usman Awang, Sri Delima bagi Adibah Amin, dan Alis Murni bagi penyair Ali Ahmad. Nama samaran bagi Prof. Dr. �A�ishah �Abd. Al-Rahman ialah bint al-Shati� dalam kesusasteraan Arab. Nama samaran dikenali juga sebagai nama pena.
strawberry generationgenerasi strawberiTeknologi Maklumate-PembelajaranGenerasi yang lahir selepas tahun 1982 yang dikatakan rapuh, kecewa, egois, angkuh, lembam, tidak mahu dikritik, mudah putus asa dan tidak boleh diberikan nasihat oleh orang dewasa. Golongan ini juga dikatakan sebagai golongan kreatif, berfikiran di luar kotak dan kritis.
ZionismZionismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang dibentuk khas untuk memperjuangkan kedudukan bangsa Yahudi di Palestin yang kini lebih dikenali sebagai negara Israel. Idea ini mahu mengembalikan kedudukan bangsa Yahudi sebagai satu bangsa yang pernah berkuasa di tanah itu. Idea ini mendapat sokongan kuat penduduk Yahudi di seluruh dunia dan beberapa kuasa besar yang mempunyai kepentingan. Zionisme tidak sahaja menjelma dalam bentuk perjuangan politik dan ketenteraan tetapi juga dalam falsafah, ideologi, propaganda, media dan sebagainya. Gerakan ini turut menyerap dalam pelbagai pertubuhan politik dan keselamatan yang penting seperti CIA di Amerika Syarikat, akhbar dan majalah penting di dunia.
nonpartisanismfaham tidak berpihakSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang berpegang kepada suatu pendirian yang bebas dan berkecuali. Fahaman ini diamalkan oleh individu atau kelompok yang tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana pihak yang bersaing. Walaupun begitu, individu dan kelompok ini turut terlibat dalam proses pemilihan pemimpin dan kerajaan. Fahaman ini berkembang melalui konsep neutralisme dalam Pentadbiran Awam yang dipopularkan oleh Dwight Waldo. Dalam menjalankan tugas, penjawat awam mesti berpegang kepada fahaman ini.
social isolationpemencilan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang memisahkan diri atau kelompok daripada masyarakat yang lebih besar. Tindakan ini dilakukan sama ada secara sengaja kerana tidak mahu bercampur dengan dunia luar ataupun secara tidak sengaja apabila seseorang atau kelompok itu hidup terpisah dan jauh dari masyarakat. Pemencilan sosial ini akan menyebabkan seseorang itu hidup tanpa tekanan sosial yang kuat dan berasa bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira faktor masyarakat. Contohnya, Robinson Crusoe yang menduduki sebuah pulau seorang diri mengalami pemisahan sosial yang lama sehinggalah beliau kembali ke tempat asalnya.
concurrent powerkuasa serentakSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang diperoleh secara menyeluruh sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan. Kuasa ini penting untuk mengelakkan sesuatu tindakan yang akan dilaksanakan agar tidak meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat atau negara. Kuasa jenis ini biasanya dipraktik dalam pentadbiran negara Amerika Syarikat. Contohnya, apabila, presiden mahu melaksanakan sesuatu tindakan yang segera seperti melancarkan serangan atau memerlukan belanjawan tambahan, beliau perlu mendapatkan kuasa serentak daripada kuasa utama kuku besi ketimuran Kongres. Tanpa kuasa tersebut sesuatu tindakan tidak boleh dijalankan.
123

Kembali ke atas