Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata main-main

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Esok hari Isnin;
Kalau kerja tidak muafakat,
     Kerja kita itu main-main.


Lihat selanjutnya...(64)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nonsense versesajak cadaiKesusasteraanTiadaPuisi yang tidak menunjukkan kesungguhan penyair semasa menciptanya, sama ada dari segi pemilihan tema dan persoalan, pembentukan struktur mahupun teknik penceritaannya. Seolah-olah sajak main-main atau olok-olok dan apabila dibaca tiada sesuatu faedah yang didapati oleh pembaca.
main puterimain puteriKesusasteraanTiadaUpacara pengubatan tradisional yang menggunakan muzik, cerita dan nyanyian makyung. Upacara ini bertujuan untuk menyemah semangat yang mengganggu ketenteraman dan imbangan angin si pesakit, selalunya pesakit jiwa. Main puteri dijalankan sebagai sebuah persembahan, iaitu terdapatnya pemain dan penonton. Peranan utama dipegang oleh tok Minduk, pemain rebab dan Tok Puteri, bomoh dan si pesakit. Alat-alat muzik yang mengiringi upacara ini terdiri daripada sebuah rebab, sepasang gendang dan sepasang gong. Tok Puteri memulakan upacara dengan membaca mantera sajian kepada untuk menyemah semangat si pesakit. Sebelum menilik, dia akan melakukan upacara �menurun�. Ketika itu, Tok Puteri akan dirasuk oleh semangat tertentu dan seterusnya akan berlaku soal jawab antara Tok Minduk dengan Tok Puteri untuk menentukan semangat yang bertanggungjawab terhadap keadaan si pesakit. Pemilikan akan diselang seli dengan gerak tari dan silat oleh Tok Puteri yang dirasuk semangat yang dijemput. Semangat yang dikenali sebagai Hanuman, Jin Selakah tunggal, Bota dan semangat itu tidak bertanggungjawab, semangat tersebut akan dilepaskan. Proses ini berlaku sehingga semangat berkenaan dikenal pasti. Kemudian Tok Minduk akan melakukan proses tawar-menawar dengan semangat ini untuk memintanya meninggalkan tubuh badan si pesakit. Selepas mendapat persetujuan, semangat berkenaan pun keluar dan si pesakit akan pulih. Seterusnya, si pesakit akan bergerak dan menari yang menandakan bahawa dia telah pulih. Proses pengubatan tradisional main puteri masih lagi diamalkan di Kelantan. Antara tokoh main puteri yang tersohor ialah Bakar Daud (Bachok), Tok Minduk awang Omar (Tumpat) dan Pak Mat tok Teri (Gunung).
main bearinggalas utamaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGalas yang digunakan untuk menyokong aci engkol.
main bodybadan utamaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaStruktur badan kereta yang terdiri daripada geladak belakang, bumbung, dan geladak depan.
main narratorpengisah utamaKesusasteraanTiadaPengisah yang bertanggungjawab dalam menentukan keseluruhan aspek yang terdapat dalam sesebuah karya. Aspek dalam karya termasuklah menentukan judul, corak penceritaan dan perwatakan serta pemilihan bahasa.
main clusterkluster utamaPerubatanTiadaTiada
main clusterkluster utamaKesihatan AwamTiadaTiada
main roombilik utamaUmumTiadaBilik mesyuarat utama bagi sesuatu mesyuarat yang diadakan secara bersemuka atau dalam talian.
main jetjet utamaKejuruteraan AutomotifEnjinMuncung bahan api atau bukaan jet yang terletak dalam venturi karburetor. Muncung ini membekalkan bahan api ke dalam alir- an udara apabila injap pendikit dibuka. Proses ini membentuk campuran udara dan bahan api pada kadar tertentu mengikut keadaan vakum yang diwujudkan dalam venturi karburetor.
main-metering systemsistem permeteran utamaKejuruteraan AutomotifEnjinSistem dalam karburetor yang membekalkan bahan api ke enjin pada kelajuan melebihi 40 km/jam. Sinonim sistem kelajuan tinggi. Banding sistem kelajuan rendah.
123

Kembali ke atas