employer fraud | fraud majikan | Undang-undang | Tiada | Perbuatan menipu oleh majikan dengan memberikan gambaran yang salah secara lisan atau bertulis tentang pekerja seperti maklumat palsu mengenai keselamatan pekerjaan, gaji, kenaikan pangkat, atau risiko kesihatan. |
employer's liability insurance | insurans liabiliti majikan | insurans | Tiada | Insurans yang melindungi liabiliti majikan terhadap pekerja yang disebabkan oleh kecederaan atau penyakit yang disabit dengan pekerjaan. |
employer's non ownership liability coverage | perlindungan liabiliti bukan milik majikan | insurans | Tiada | Perlindungan insurans yang melindungi majikan terhadap liabiliti yang timbul berikutan penggunaan kereta persendirian untuk urusan syarikat. |
employee insurance | insurans pekerja penting | insurans | Tiada | 1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan. 2. Dalam insurans kesihatan, istilah ini digunakan juga untuk menunjukkan Insurans Gaji Berterusan atau pelan faedah perubatan yang dibayar kepada pekerja penting dengan premium dibiayai sepenuh atau sebahagiannya oleh majikan. |
fidelity bond | bon setia | insurans | Tiada | Bon yang melindungi majikan daripada kerugian disebabkan ketidakjujuran pekerjanya. |
toolbox meeting | taklimat keselamatan | Pengurusan | Tiada | Taklimat ringkas oleh majikan untuk memberikan maklumat, latihan dan program kesedaran keselamatan kepada pekerja. |
quiet firing | pemecatan senyap | Pentadbiran | Tiada | Situasi dalam pekerjaan apabila majikan mewujudkan keadaan persekitaran kerja yang tidak kondusif dan menyusahkan pekerja sehingga menyebabkan pekerja membuat keputusan untuk berhenti kerja atas kerelaan sendiri. |
master policy | polisi induk | insurans | Tiada | 1. Kontrak yang dikeluarkan kepada majikan atau entiti yang dibenarkan oleh undang-undang bagi sesuatu pelan insurans kumpulan. 2. Insurans harta yang dikeluarkan kepada insured untuk membolehkannya mengeluarkan sijil perlindungan bagi melindungi harta orang lain. |
blanket position bond | bon kedudukan sarwa | insurans | Tiada | Bon yang memberi pelindungan kepada majikan akibat kerugian yang disebabkan ketidakjujuran pekerja. Amaun maksimum yang berbayar bagi penggelapan wang ialah amaun muka yang didarabkan dengan bilangan pekerja yang terlibat. |
blanket fidelity bond | bon kesetiaan sarwa | insurans | Tiada | Bon yang memberi perlindungan kerugian kepada majikan akibat tindakan ketidakjujuran pekerja. |