return premium | pemulangan premium | insurans | Tiada | 1. Rider atau peruntukan dalam polisi insurans kesihatan yang menyatakan bahawa sekiranya tuntutan untuk satu jangka masa yang dinyatakan tidak melebihi peratusan tetap premium dibayar, maka insurer akan membayar faedah bersama dengan jumlah premium dibayar ditolak dengan tuntutan dibayar. 2. Rider dalam polisi insurans hayat, yang memperuntukkan bahawa sekiranya insured meninggal dunia dalam tempoh yang ditetapkan maka insurer akan membayar satu amaun bersamaan dengan jumlah semua premium yang telah dibayar, sebagai tambahan kepada amaun muka polisi. |
unearned premium | premium tidak terperoleh | insurans | Tiada | Bahagian premium asal belum menjadi hak insurer dan sekiranya polisi dibatalkan, maka bahagian tersebut dikembalikan kepada empunya polisi. Contoh: dalam hal premium tahunan, selepas satu bulan tempoh premium terdapat 11/12 daripada premium tersebut yang masih belum terperoleh. |
specific surface | permukaan tentu | Kejuruteraan | Tiada | Permukaan zarah dalam satu unit isi padu bahan. Lebih kecil saiz zarah, maka lebih besarlah permukaan tentunya. |
isosteric surface | permukaan isosterik | Sains | Tiada | Permukaan yang isi padu spesifiknya tetap. Oleh sebab isi padu spesifik merupakan songsangan ketumpatan maka permukaan isosterik juga isopiknik. |
acquired anomaly | anomali perolehan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Ciri pada organisma yang berkembang semasa hayatnya. Anomali perolehan tidak terdapat dalam DNA, maka ciri ini tidak boleh diwarisi, tetapi terhasil daripada pengaruh persekitaran. Contoh anomali perolehan adalah seperti kalus pada jari, saiz otot kaki yang besar disebabkan kekerapan berlari, perubahan pada fungsi organ akibat tidak digunakan atau kemalangan. Kelakuan yang membantu organisma hidup juga dianggap sebagai anomali perolehan. Contohnya, keupayaan menyembunyikan diri daripada pemangsa. |
khabar | khabar | Kesusasteraan | Tiada | Pembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani. |
earned premium | premium terperoleh | insurans | Tiada | Amaun premium yang telah digunakan semasa tempoh polisi. Contoh: jika sebuah polisi satu tahun berkuat kuasa selama 6 bulan, maka setengah daripada premium tersebut telah diperolehi. |
nanoparticle reactivity | kereaktifan nanozarah | Fizik | Nanoteknologi | Keaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm. |
charge density | ketumpatan cas | Kimia | Kimia Analisis | Bilangan cas bagi setiap unit luas permukaan atau isi padu. Apabila bilangan elektron pada satu bahagian spesies tinggi, maka ketumpatan casnya juga tinggi. |
direct medical supervision | penyeliaan perubatan langsung | Kesihatan Awam | Tiada | Pengawasan secara langsung oleh pegawai perubatan terhadap pesakit komunikasi secara dua hala, atau sekiranya komunikasi tersebut gagal, maka arahan sedia ada akan digunakan menurut peraturan. |