Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : telah lama hidup dan banyak mempunyai pengalaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sudah makan dengan peria,
     Kalau ada garam tiada;
Kalau sudah ada bercinta,
     Kalau bercinta jangan berdusta.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tahu di asin garam.

Bermaksud :

Banyak pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Banyak makan garam).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mineralised saltgaram dimineralkanVeterinarTiadaGaram inorganik yang ditambah dengan mineral lain dan diberi makan kepada ternakan. Mineral yang ditambah bertujuan untuk mengatasi kekurangan bahan tersebut. Contohnya penambahan iodin, kobalt, kalsium dan besi.
hypervitaminosishipervitaminosisVeterinarTiadaKeadaan patologi pada ternakan akibat pemberian vitamin yang berlebihan. Dalam keadaan biasa, keadaan ini jarang terjadi kecuali jika berlaku kesilapan semasa pembancuhan makanan. Tanda-tanda umum penyakit ini ialah ternakan mengalami pertumbuhan yang terencat, anemia, lemah dan kehilangan selera makan. Penyakit hipervitaminosis A terjadi pada kucing apabila ia diberi makanan yang berasaskan hati. Pada ayam, pemberian vitamin A yang berlebihan menyebabkan pertumbuhan terencat, kurang selera makan, diarea dan mata membengkak. Pengambilan vitamin D yang berlebihan pula boleh menyebabkan aras kalsium dan fosforus tinggi dalam darah dan mengakibatkan pengumpulan garam kalsium dalam saluran darah dan organ. Penyakit ini jarang berlaku pada vitamin larut air seperti vitamin B dan C kerana ia mudah dikumuhkan.
chromium poisoningkeracunan kromiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kromium atau sebatiannya, misalnya kali um kromat, kalium dikromat, atau asid kromik. Kromium dan kromat merengsakan dan memusnahkan sel badan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan atau kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pening, dahaga yang teramat, sakit abdomen, muntah, kejutan, dan oliguria atau anuria. Kematian adalah disebabkan uremia. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyentuhan kulit menyebabkan dermatitis dengan edema, dan pengulseran yang sembuh secara perlahan-Iahan. Penyedutan wasap kromium pada jangka masa yang lama menyebabkan pengulseran tanpa sakit, perdarahan, dan peliangan septum nasal berserta dengan lelehan nasal yang busuk. Konjunktivitis, lakrimasi, dan hepatitis akut dengan demam kuning juga pernah diperhatikan. Penemuan dalam hepatitis akut termasuk loya dan muntah, hilang selera makan, dan hati yang membesar dan menjadi lembut. Dos maut kromat terlarutkan adalah lebih kurang 5 g, dan had pendedahan kepada debu logam dan garam kromium (keadaan pengoksidaan +II dan +III) ialah 0.5 mg/m3 . Kebanyakan sebatian terlarut dan tak terlarut (keadaan pengoksidaan + VI), termasuk asid kromik, kromat, dikromat, zink kromat, plumbum(II) kromat dan bijih kromit, mempunyai had pendedahan 0.05 mg/m3. Had pendedahan kepada tert-butil kromat ialah 0.1 mg/m3, dan kromil klorida ialah 0.025 ppm atau 0.15 mg/m3. Penemuan makmal ialah kehadiran proteinuria dan hematuria, dan kerosakan fungsi sel hepatik.

Kembali ke atas