Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terlalu sangat berdukacita atau menderita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak rusa mandi di paya,
     Lepas mandi makannya rumput;
Tiada orang semacamnya saya,
     Makan hati berulam perut.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Asal berisi tembolok senang hati.

Bermaksud :

Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kwashiorkorkwasyiorkorMakanan dan PemakananPemakananPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan kualiti dan kuantiti protein, tetapi mempunyai sedikit tenaga terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara 1 hingga 5 tahun. Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak tersebut bercerai susu dan mengambil diet yang tinggi kandungan kanji. Gejala penyakit ini ialah tubuh menjadi kurus, lemah otot, edema, anemia, kulit mengecut, hilang selera makan, hati rosak, cirit-birit dan muntah.
dyspepsiadispepsiaPerubatanTiadaKeadaan yang berlaku akibat gangguan percernaan makanan sehingga menyebabkan sakit atau ketakselesaan sudu hati selepas makan.
alcoholismalkoholismePerubatanTiadaKetagihan terhadap minuman keras yang boleh mengakibatkan seseorang minum dengan berlebihan. Keadaan ini menyebabkan seseorang kurang selera makan, merosakkan fungsi hati, dan menjejaskan hubungan sosial.
mood disorderkecelaruan rasa hatiPsikologiPsikologi UmumKumpulan gangguan emosi yang terdiri daripada kemurungan teruk sehingga ke tahap mania ekstrem. Terdapat dua jenis kecelaruan rasa hati, iaitu depresi dan kecelaruan bipolar. Individu yang menghidap kecelaruan depresi akan mengalami dan memperlihatkan kesedihan dan putus asa yang dibesar-besarkan, berpanjangan atau tidak berasas. Simptom-simptom depresinya ialah kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan atau tidak berminat terhadap sesuatu. Mereka juga memperlihatkan simptom seperti kelesuan, tidur dan makan yang terganggu, rasa tidak berguna, imej diri yang negatif dan perasaan ingin membunuh diri. Individu yang mengalami kecelaruan bipolar pula memperlihatkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Kecelaruan ini boleh dialami secara berpanjangan tetapi tidak teruk. Walau bagaimanapun, terdapat kecelaruan rasa hati lebih teruk yang memperlihatkan emosi yang sangat negatif seperti merasakan kegagalan, berdosa, tidak berguna, menjauhkan diri atau bertindak untu
biliousbiliusHerbaFitoterapi1. Sebarang gangguan yang berkaitan dengan pengeluaran atau rembesan hempedu yang berlebihan. 2. Sakit yang disebabkan oleh gangguan fungsi hati yang mengakibatkan sembelit, sakit kepala, hilang selera makan dan muntah hempedu. 3. Sinonim kolemesis.
kwashiorkorkwasyiorkorMakanan dan PemakananTeknologi MakananPenyakit yang disebabkan kekurangan kualiti dan kuantiti protein terutama di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 5 tahun apabila bercerai susu dan bertukar diet kepada diet berkanji. Gejala kwasyiorkor ialah tubuh menjadi kurus, lemah otot, edema, anemia, kulit mengecut, hilang selera makan, rosak hati, cirit-birit dan muntah.
tellurium poisoningkeracunan teluriumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada wasap telurium, iaitu unsur bukan logam yang digunakan untuk membuat aloi, sebagai agen pemvulkanan getah, agen pewarna dalam kaca dan seramik, dan sebagai mangkin. Tanda utama keracunan ialah nafas berbau bawang putih, rasa payau, loya, hilang selera makan, dan kerosakan hati. Had pendedahan ialah 0.1�g /L.
hypervitaminosishipervitaminosisVeterinarTiadaKeadaan patologi pada ternakan akibat pemberian vitamin yang berlebihan. Dalam keadaan biasa, keadaan ini jarang terjadi kecuali jika berlaku kesilapan semasa pembancuhan makanan. Tanda-tanda umum penyakit ini ialah ternakan mengalami pertumbuhan yang terencat, anemia, lemah dan kehilangan selera makan. Penyakit hipervitaminosis A terjadi pada kucing apabila ia diberi makanan yang berasaskan hati. Pada ayam, pemberian vitamin A yang berlebihan menyebabkan pertumbuhan terencat, kurang selera makan, diarea dan mata membengkak. Pengambilan vitamin D yang berlebihan pula boleh menyebabkan aras kalsium dan fosforus tinggi dalam darah dan mengakibatkan pengumpulan garam kalsium dalam saluran darah dan organ. Penyakit ini jarang berlaku pada vitamin larut air seperti vitamin B dan C kerana ia mudah dikumuhkan.
cognitive behavioral therapy (CBT);terapi tingkah laku kognitifPsikologiPsikologi UmumPendekatan psikoterapi yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan disfungsi emosi, tingkah laku dan kognisi melalui prosedur sistematik yang berorientasikan matlamat. Terapi ini berkesan untuk merawat pelbagai masalah termasuk perasaan hati, kebimbangan, personaliti, tingkah laku makan, penyalahgunaan bahan dan kecelaruan psikotik. Terapi ini boleh digunakan untuk merawat individu atau kelompok dan biasanya disesuaikan supaya dapat diaplikasikan pada diri sendiri.
chromium poisoningkeracunan kromiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kromium atau sebatiannya, misalnya kali um kromat, kalium dikromat, atau asid kromik. Kromium dan kromat merengsakan dan memusnahkan sel badan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan atau kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan pening, dahaga yang teramat, sakit abdomen, muntah, kejutan, dan oliguria atau anuria. Kematian adalah disebabkan uremia. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyentuhan kulit menyebabkan dermatitis dengan edema, dan pengulseran yang sembuh secara perlahan-Iahan. Penyedutan wasap kromium pada jangka masa yang lama menyebabkan pengulseran tanpa sakit, perdarahan, dan peliangan septum nasal berserta dengan lelehan nasal yang busuk. Konjunktivitis, lakrimasi, dan hepatitis akut dengan demam kuning juga pernah diperhatikan. Penemuan dalam hepatitis akut termasuk loya dan muntah, hilang selera makan, dan hati yang membesar dan menjadi lembut. Dos maut kromat terlarutkan adalah lebih kurang 5 g, dan had pendedahan kepada debu logam dan
12

Kembali ke atas