food protectionism | perlindungan makanan | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Dasar kerajaan dalam menyekat eksport bekalan makanan bagi memastikan bekalan makanan domestik mencukupi. |
biorefining | biopenapisan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Proses penukaran biojisim kepada pelbagai produk berasaskan biologi seperti makanan, makanan haiwan, bahan kimia dan biotenaga seperti biobahan api dan biodiesel. |
comfort food | makanan selesa | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Jenis makanan yang memiliki daya tarik yang khusus dan boleh memberi nilai sentimental kepada seseorang apabila memakannya seperti makanan manis atau makanan yang dimakan sewaktu kecil. |
food taste | uji rasa makanan | Makanan dan Pemakanan | Produksi Makanan | Tiada |
food desert | gegurun makanan | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Kawasan yang mempunyai akses terhad kepada makanan berkhasiat. |
flameless ration heater (FRH) | pemanas makanan tanpa nyala | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Tiada |
feed conversion ratio (FCR) | nisbah penukaran makanan (FCR) | Perikanan | Akuakultur | Jumlah makanan yang diambil oleh ternakan sepanjang tempoh ternakan dibandingkan dengan kadar pertumbuhan atau peningkatan berat badan yang diperoleh hasil daripada pengambilan makanan tersebut. Keadaan ini menunjukkan kecekapan haiwan dalam mengubah makanan kepada peningkatan berat badan. Nilai yang rendah menunjukkan kadar penukaran yang cekap atau tinggi, dan secara tidak langsung menunjukkan kualiti makanan yang baik. Nilai ini dipengaruhi oleh kualiti makanan, spesies, jantina, umur, pengurusan pemberian makanan dan sistem ternakan. Nilai ini ialah kebalikan daripada kecekapan penukaran makanan. |
formulated feed | makanan rumusan | Perikanan | Akuakultur | Makanan yang dihasilkan mengikut resipi dan campuran bahan tertentu bentuk pelet. Makanan rumusan terdapat dalam bentuk yang berbiji-biji, serbuk atau kepingan. Terdapat dua jenis makanan rumusan, iaitu terapung dan tenggelam, bergantung kepada formulasi dan kaedah pemprosesan. |
live food | makanan hidup | Perikanan | Akuakultur | Haiwan kecil atau haiwan seni yang hidup dan dijadikan sebagai makanan untuk haiwan yang lebih besar. Contoh makanan hidup ialah moina, Daphnia, artemia, ulat harimau, anak ikan, cengkerik, dan lipan. Selain diberi dalam bentuk hidup, makanan hidup juga diberi dalam bentuk sejuk beku dan sejuk kering. Contoh makanan hidup yang diberikan kepada ikan arowana ialah lipan, cengkerik, anak ikan dan ulat harimau. |
calf starter | makanan pemula pedet | Veterinar | Tiada | Makanan berkualiti dengan kandungan protein dan tenaga yang tinggi dan diberi kepada anak lembu tenusu setelah disapih daripada ibunya. Biasanya, anak lembu akan disapih apabila berumur antara 6-8 minggu sebelum diberi makanan permulaan. Kandungan protein dalam makanan ini biasanya melebihi 18% manakala kandungan tenaga ialah sebanyak 13.0 MJ/kg. Makanan ini juga mengandungi bahan-bahan yang mudah dicerna dan mempunyai rasa yang enak seperti jagung, oat, molases, mineral serta vitamin. Makanan ini kerap ditambah dengan bahan aditif seperti koksidiostat untuk mengelakkan jangkitan penyakit cirit-birit atau diarea yang disebabkan oleh koksidia. |