Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recursive feedbackmaklum balas rekursifTeknologi Maklumate-PembelajaranReaksi atau maklum balas yang diberikan secara berulang oleh guru, rakan, atau perisian terhadap sesuatu tugasan, pentaksiran, aktiviti pembelajaran, atau maklum balas terhadap maklum balas sebelumnya.
bandwidth feedbackmaklum balas lingkunganSains SukanBiomekanikPenyampaian maklum balas prestasi lakuan berdasarkan lingkungan kriteria prestasi yang telah ditetapkan. Contohnya, dalam sukan memanah, lingkungan kriteria prestasi yang ditetapkan adalah antara skor 30 hingga 40. Maklum balas akan diberikan kepada pemanah jika prestasi berada dalam lingkungan skor tersebut, tetapi sebaliknya jika prestasi pemanah tersasar daripada lingkungan ini, maklum balas tidak akan diberikan kepada pemanah tersebut.
augmented feedbackmaklum balas tambahanSains SukanBiomekanikMaklum balas yang diperoleh daripada sumber luaran seperti arahan daripada jurulatih atau rakaman video.
guidance hypothesishipotesis panduanSains SukanBiomekanikRamalan yang menyatakan bahawa maklum balas luaran yang terlalu banyak diterima semasa menjalani latihan boleh menjejaskan proses pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Keadaan ini berlaku kerana situasi ini mengakibatkan pelatih terlalu bergantung pada maklum balas luaran yang menyebabkan kemahiran analisis kendiri tidak berkembang. Lihat juga kemahiran motor.
feedbackmaklum balasPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProses mendapatkan maklumat tentang kesan atau keputusan daripada sesuatu kajian atau tindakan.
corrective feedbackmaklum balas pembaikanPendidikanTiadaPenerangan dan maklumat tambahan yang bertujuan untuk memperbaik kelemahan atau kekurangan dalam proses pembelajaran.
feedback loopgelung maklum balasPentadbiranTiadaMekanisma penyaluran maklumat secara timbal balik antara majikan dengan pekerja.
closed-loop controlkawalan lingkaran tertutupSains SukanBiomekanikMekanisme kawalan motor manusia yang boleh dipengaruhi oleh maklum balas sensori terkini yang diterima. Mekanisme kawalan ini melibatkan jenis pergerakan yang perlahan dan berterusan. Contohnya, seorang tekong yang ingin melakukan servis perlu mengubah suai tindakannya bergantung kepada lambungan bola daripada pemain apit.
pilot projectprojek perintisPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaProjek awal berskala kecil yang dijalankan secara percubaan untuk mendapat maklum balas terutamanya tentang idea atau pendekatan baharu supaya aktiviti itu boleh dilaksanakan pada skala yang lebih besar.
computer-marked assignmentstugasan bertandakan komputerTeknologi Maklumate-PembelajaranSatu cara penaksiran tugasan dengan menggunakan komputer bagi mempercepat proses maklum balas kepada pelajar. Antara cara yang terkenal ialah sistem pengecaman tanda optik (OMR), perisian penskoran tugasan berbentuk pelbagai objektif dan autoskor esei. Lihat juga autogred.
12

Kembali ke atas