cosmic disaster story | cerita malapetaka kosmik | Kesusasteraan | Tiada | Cerita atau fiksyen sains yang memperihalkan malapetaka yang memusnahkan dunia atau alam semesta. Malapetaka dicetuskan oleh bencana alam atau kebodohan manusia atau kedua-duanya. Contohnya, cerita tentang peperangan nuklear. Istilah cerita malapetaka kosmik ini dicipta oleh Kingsley William Amis. Dalam cerpen �Tik, Tik, Tik,� oleh Anwar Ridhwan, bom atom yang mungki8n meletup dijadikan sebagai alat satira untuk mengkritik kejahilan manusia. |
loss limitation | batasan kerugian | insurans | Tiada | Rumus pengkadaran retrospektif untuk mengehadkan kesan kerugian malapetaka. Tanpa batasan ini, kerugian malapetaka akan diambil kira secara menyeluruh dalam pengiraan terakhir premium retrospektif. |
indemnity company | syarikat indemniti | insurans | Tiada | Syarikat insurans yang menguruskan hal ehwal kemalangan dan malapetaka. |
primary exposure | pendedahan primer | insurans | Tiada | Risiko dalam insurans penerbangan yang wujud akibat berlaku kemalangan serius tetapi tidak ke tahap malapetaka. |
flashforward | imbas depan | Kesusasteraan | Tiada | Teknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memberikan gambaran dan isyarat kepada pembaca tentang apa yang akan berlaku pada cerita selanjutnya. Contohnya, kemungkinan berlakunya malapetaka. Imbas depan sering digunakan untuk meningkatkan ketegangan pembaca atau membolehkan pembaca menerima apa yang berlaku dan bukannya di luar dugaan. Imbas depan dikenali juga sebagai kilas atau bayangan depan. Lihat juga pemikat naratif. |
pathos | belas hiba | Kesusasteraan | Puisi | Unsur yang berhubung dengan perasaan, terutama perasaan khalayak apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. Unsur-unsur hibaan mungkin muncul pada seseorang pembaca apabila membaca sesebuah puisi yang mencitrakan imej-imej yang berhubungan dengan kekejaman, kezaliman, kemiskinan, kelaparan, keganasan, malapetaka, kematian dan sebagainya. Contohnya, puisi "Balada Orang-Orang Tercinta" dan puisi "Balada Terbunuhnya Atmo Karpo" karya W.S. Rendra. Sinonim patos. |
insurable risk | risiko boleh insurans | insurans | Tiada | Risiko yang boleh memenuhi sebahagian besar keperluan berikut: 1. Boleh ditakrifkan. 2. Mesti terjadi dengan tidak sengaja. 3. Mesti menyebabkan kerumitan kepada insured. 4. Tergolong kepada satu kumpulan risiko homogen yang membolehkan ramalan kerugian dibuat. 5. Tidak berbentuk malapetaka. 6. Kos insurans munasabah yang boleh ditentukan. 7. Kemungkinan berlakunya kerugian boleh dianggar. |
insurable risk | risiko boleh insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Risiko yang boleh memenuhi sebahagian besar keperluan berikut: 1. Boleh ditakrifkan. 2. Mesti terjadi dengan tidak sengaja. 3. Mesti menyebabkan kerumitan kepada insured. 4. Tergolong kepada satu kumpulan risiko homogen yang membolehkan ramalan kerugian dibuat. 5. Tidak berbentuk malapetaka. 6. Kos insurans munasabah yang boleh ditentukan. 7. Kemungkinan berlakunya kerugian boleh dianggar. |