Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.las] | مالس

Definisi : 1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin: aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2. tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya; bermalas-malas duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~; memalaskan menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya; kemalasan perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya; pemalasorang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi penjudi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.las] | مالس

Definisi : ; burung ~ sj burung, a) burung segan, Caprimulgus indicus; b) burung kubur, Capri-mulgus macrurus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.las] | مالس

Definisi : tidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu: Orang yg ~ tidak patut ditolong. bermalas-malas berehat-rehat atau bersenang-senang tanpa membuat apa-apa kerja: Mereka dilarang ~ di rumah. memalaskan menjadikan malas. kemalasan sifat malas: ~nyalah yg menyebabkan dia mundur dlm pelajarannya. pemalas orang yg malas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malas (adjektif)
1. Bersinonim dengan segan: rengsa, berat tulang, berat tangan, berat siku, makan tidur, culas, kelesa, celika, wegah, lundung, sungkan, ogah,
Berantonim dengan rajin

2. Bersinonim dengan tidak sudi: tidak suka, tidak gemar, tidak mahu, enggan, segan, liat, payah, ewa,
Berantonim dengan sudi

Kata Terbitan : bermalas-malas, memalaskan, kemalasan, pemalas,

Puisi
 

Saya malas berkepuk ladang,
     Kepuk tidak berisi padi;
Saya malas berambut panjang,
     Sebab tidak berani mati.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ditangkap buaya,
     nampak riaknya;
ditangkap malas tak bertanda.

Bermaksud :

Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
easy chairkerusi malasKesenianHiasan DalamanKerusi yang dibina dengan tujuan berehat atau bermalas-malasan, sama ada dari segi reka bentuknya yang ringkas, mudah dialih atau boleh dilipat. Kerusi ini mempunyai penyandar bersudut tidak kurang daripada 105 darjah dari tempat duduknya. Kerusi ini juga mudah digabungkan dengan sebarang jenis kerusi lain.
distich/distichondwibarisKesusasteraanPuisiBentuk puisi yang berdasarkan kedudukan bait atau rangkap iaitu semua rangkapnya, terdiri daripada dua baris. Puisi dua baris yang paling jelas ialah pantun dua kerat. Contohnya, Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa.
closed coupletkuplet lengkapKesusasteraanPuisiPuisi yang boieh berdiri sendiri yang terdiri daripada dua baris dalam satu stanza. Lazimnya puisi ini mempunyai jumlah perkataan yang samil dalam setiap baris. Di hujung setiap baris terdapat rima akhir yang sama seperti a a, b b atau c c. Contohnya, seperti di bawah. Pantun dua kerat: Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Gurindam: Apabila perkataan yang amat kasar, Lekaslah orang sekalian gusar.

Kembali ke atas