sustainable management | pengurusan mampan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah atau mekanisma yang digunakan dalam menguruskan penggunaan, pembangunan dan perlindungan alam sekitar dan sumber fizikal. Pengurusan mampan melibatkan usaha menyeluruh bagi menyokong keupayaan ekosistem negara dalam konteks untuk menghindari atau mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Antara lain fungsi pengurusan mampan ialah menjaga kesinambungan sumber dan keperluan generasi akan datang. |
sustainable competitive advantage | kelebihan saingan mampan | Pengurusan | Perancangan | Keupayaan unik sesebuah organisasi yang sukar ditandingi oleh pesaing, dan kelebihan ini boleh membawa kepada penguasaan pasaran bagi tempoh masa yang panjang. Kelebihan saingan mampan hanya mampu dicapai apabila organisasi berupaya menjamin penghasilan keuntungan secara konsisten. Contohnya, syarikat global pengeluar minuman ringan mempunyai kelebihan saingan mampan di pasaran minuman ringan melalui formula rahsianya yang berjaya menghasilkan citarasa yang nyata berbeza dan unik berbanding minuman kola yang lain. |
sustainable development | pembangunan mampan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha pembangunan menyeluruh dan bersepadu yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kehidupan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan mampan mencakupi pembangunan fizikal, kestabilan politik, kesejahteraan sosial, kualiti alam sekitar dan kekukuhan ekonomi dalam konteks untuk meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan rakyat. Dalam erti kata lain, pembangunan mampan menjamin perkembangan positif dalam semua aspek kehidupan. |
electron beam-sustained laser | laser mampan alur elektron | Kejuruteraan | Tiada | Laser gas yang terhasil akibat suntikan mampan alur elektron bertenaga tinggi. |
sustainable | mampan | Biologi | Umum | Tiada |
sustainable development | pembangunan mampan | Biologi | Umum | Tiada |
optimum sustainable yield | hasil mampan optimum | Kejuruteraan | Tiada | Hasil tertinggi sumber boleh barui dalam tempoh yang lama tanpa mengurangkan keupayaan populasi atau persekitaran berkenaan untuk meneruskan aras hasil tersebut. |
optimum sustainable population | kependudukan mampan optimum | Kejuruteraan | Tiada | Aras populasi yang memberikan hasil optimum ekosistem. |
sustainable competitive advantage | kelebihan saingan mampan | Pentadbiran | Pengurusan | - |
Food and Agriculture Organization (FAO) | Pertubuhan Makanan dan Pertanian | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1945 dan beribu pejabat di Rom, Itali. Pertubuhan ini mempunyai 180 negara dan Kesatuan Eropah. Terdapat satu majlis yang terdiri daripada 49 anggota. Objektif pertubuhan ini adalah untuk mempromosikan pembangunan luar bandar yang mampan dengan penekanan kepada golongan petani miskin, pengeluaran makanan dan meningkatkan tahap pemakanan berkhasiat. Pertubuhan ini berusaha mencapai objektifnya dengan melakukan penyelidikan, menerbitkan laporan, mengadakan persidangan serta menawarkan bantuan teknikal, benih yang diperbaik, membuat serum dan vaksin, dan bantuan untuk meningkatkan hasil hutan. Programnya dijalankan oleh pelbagai jawatankuasa dalam bidang pertanian, perikanan dan makanan. Jabatan Pembangunan Mampan dalam pertubuhan ini berfungsi untuk memberi nasihat kepada kerajaan sesebuah negara dalam mengintegrasi polisi, perancangan dan pengurusan sumber dan telah melaksanakan Agenda 21 Earth Summit pada tahun 1992 dan konvensyen alam sekitar yang berkaitan dengan isu ke |