Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mam.pat] | ممڤت

Definisi : 1. tidak beronga-rongga, tidak gem-bur (tanah dll), padat, tumpat; 2. Jk tidak dapat mengalir, tersendat, tersumbat: parit itu ~; memampatkan membuat (menekan, meng­asak, dsb) supaya padat atau tumpat: jangan dimampatkan sangat isi tin itu; termampat dimampatkan: campuran itu terasak atau ~ ke dlm ruang kecil di sebelah atas kebuk; mampatan perihal mampat; kemampatan perihal (keadaan dsb) mampat, kepadatan, ketumpatan; pemampatan perihal (proses, perbuatan) memampatkan sesuatu; pemampat alat utk memampatkan; ~ udara alat utk memasukkan udara ke dlm tangki dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pat] | ممڤت

Definisi : Mn baik sekali, elok sekali, jempol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mam.pat] | ممڤت

Definisi : tidak berongga (bkn tanah dll); padat; tumpat. memampatkan membuat supaya mampat; menjadikan mampat: Dia ~ kandungan peti itu. mampatan perihal mampat: ~ gas bertambah 5 kali ganda apabila campuran itu dinyalakan. pemampat alat utk memampatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mampat (adjektif)
Bersinonim dengan padat, padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat;,
Kata Terbitan : memampatkan, kemampatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compressive forcedaya mampatSains SukanBiomekanikDaya tolakan yang arah dan titik aplikasinya cenderung untuk memendekkan objek di sepanjang garis tindakan daya.
compressed natural gas (CNG)gas asli mampatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaGas semula jadi yang dimampatkan dan boleh digunakan sebagai bahan api enjin.
gasketgasketKejuruteraan AutomotifEnjinSekeping bahan nipis boleh mampat seperti kertas, gabus, getah, logam lembut, bahan sintetik atau gabungan bahan tersebut yang diletakkan di antara dua permukaan sama bentuk, yang diikat bagi membentuk kedap yang ketat untuk mengelakkan kebocoran. Contohnya, gegelang logam yang terdapat pada palam pencucuh.
pressurised aerosolaerosol bawah tekananSains KesihatanTiadaSediaan semburan di dalam bekas yang mengandungi cecair atau gas mampat.
tankatankaKesusasteraanTiadaPuisi lirik klasik Jepun. Puisi ini bermula sebagai puisi istana pada abad ketujuh. Bentuk tanka hampir serupa dengan haiku, iaitu bentuknya tetap dan mampat. Tanka bersifat silabik dan terbentuk daripada 31 suku kata dalam lima baris. Baris pertama dan kelima mempunyai lima suku kata, dan baris lainnya mempunyai tujuh. Stail tanka agak formal dari segi diksi dan suasana, temanya bertumpu pada sesuatu imej, suasana, atau peristiwa yang tertentu. Subjeknya bersifat lirik, seperti alam, cinta dan berupa rintihan. Contohnya karya yang dihasilkan oleh seorang penyair pada abad ke-20, iaitu Ladiy Izumi Shikibu: Berbaring di sini bersendirian, Tenggelam begini memikirkanmu, Sampai terlupa menyikat, Rambut kusutku � oh kalaulah, Tanganmu membelai, menyisirnya! Lazimnya, dalam tanka dan haiku ada perubahan mendadak pada bahagian penutupan atau hampir kepada penutupan. Tanka dikenali juga sebagai waka atau uta. Lihat juga bentuk, ghazal, imagisme.
air follower control rod (AFCR)rod kawalan pengikut udaraSains NuklearKejuruteraan ReaktorRod kawalan yang terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian bahan racun neutron dan bahagian udara mampat. Sinonim transient rod.
metaphase chromosomekromosom metafasaFizikNanoteknologiStruktur DNA pada peringkat kitaran sel yang berada dalam keadaan paling tumpat dan mudah untuk dibezakan. Kromosom ini selalu dipilih untuk dianalisis kerana mudah dicerap. Sekiranya kromosom ini terlalu tumpat dan mampat, proses penciriannya menjadi sukar.

Kembali ke atas