irrotational flow | aliran tak berputar | Fizik | Mekanik | Aliran bendalir yang tidak mempunyai kepusaran kecuali pada titik-titik singular tertentu dan keikalan halajunya di mana-mana pun menghampiri sifar. Jika ini juga terdiri daripada bendalir tak termampat, maka keupayaan halajunya akan mematuhi persamaan Laplace. |
irrespective of percentage | tidak kira peratusan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi insurans marin yang menetapkan bahawa insurer akan membayar tuntutan walau sekecil mana pun peratusan kerugian. Ini bermakna francais tidak akan diambil kira. |
parallel | selari | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sifat garis lurus, lengkung, satah atau permukaan yang sentiasa sama jarak, dan tidak akan langsung bertemu walau sejauh mana pun ia dipanjangkan.,2. Keadaan unsur-unsur litar yang tersambung kepada pasangan pangkalan yang sama, iaitu arus terbahagi di antaranya dan kemudiannya bergabung semula.,3. Keadaan dalam sistem komputer apabila dua atau lebih pemproses beroperasi secara serentak pada satu atau lebih item data.,4. Dua atau lebih bit bagi kata yang dihantar melalui talian yang berlainan pada masa yang sama. |
ghazal/ghazel | ghazal | Kesusasteraan | Puisi | Puisi lirik yang berasal dari Parsi dan digunakan sebagai nyanyian di kalangan orang muda dalam percintaan, bentuknya terdiri daripada lapan baris satu bait, dan rima akhirnya sama. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisi. Kekasihku seperti nyawa adalah terkasih dan mulia juga, Dan nyawaku pun, mana daripada nyawa itu jauh ia juga; Jika seribu tahun lamanya pun hidup ada sia-sia juga |
graded profile | profil tergred | Geografi | Tiada | Profile cerun bukit atau pun profil panjang sebuah sungai di mana wujud keseimbangan di antara hakisan, angkutan dan mendapan. |
graded profile | profil tergred | Geologi | Tiada | Profile cerun bukit atau pun profil panjang sebuah sungai di mana wujud keseimbangan di antara hakisan, angkutan dan mendapan. |
granular disintegration | penyepaian butiran | Geografi | Tiada | Sejenis luluhawa mekanika di mana batuan mengalami proses beku dan cair atau pun kembang dan kecut yang akan menghasilkan penyepaian. |
granular disintegration | penyepaian butiran | Geologi | Tiada | Sejenis luluhawa mekanika di mana batuan mengalami proses beku dan cair atau pun kembang dan kecut yang akan menghasilkan penyepaian. |
pentastich | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha |