transnational crime | jenayah transnasional | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang bersifat antarabangsa dan tidak terhad kepada mana-mana negara, dan mangsa boleh berada di mana-mana negara. Contohnya, penipuan kad kredit yang melibatkan sindiket antarabangsa. |
neutralism | neutralisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pendirian berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana pihak yang sedang bersengketa atau bersaing. Fahaman ini menekankan kedudukan bersahabat dengan semua pihak dan tidak menyokong atau memberi bantuan kepada mana-mana pihak tertentu. Fahaman ini dikembangkan oleh Monroe yang lebih dikenali sebagai Doktrin Monreo dalam dasar luar Amerika Syarikat semasa beliau menjadi presiden negara tersebut. Contohnya, Malaysia berpegang kepada faham berkecuali dalam persaingan antara blok timur dan barat semasa Perang Dingin dahulu. Sinonim faham neutral/faham berkecuali. |
neutral power | kuasa berkecuali | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pihak yang berkuasa tetapi berpendirian untuk tidak memihak kepada mana-mana kelompok atau pihak yang sedang bersaing. Badan atau negara ini mengambil sikap berkecuali atau tidak memihak walaupun berupaya untuk menyokong mana-mana pihak yang disukainya. Contohnya, negara China merupakan kuasa berkecuali pada Perang Teluk 1990. |
neutral | neutral | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar tidak memihak kepada mana-mana individu, kelompok, pertubuhan atau negara yang sedang bersaing dengan pihak lain. Konsep ini selalu digunakan untuk merujuk persaingan antara blok timur dan barat dalam era Perang Dingin apabila sebilangan negara sedang membangun mengisytiharkan bahawa mereka tidak memihak kepada blok timur atau barat. Dasar tidak memihak mula dikemukakan oleh Tito (Yugoslavia), Soekarno (Indonesia) dan Nkrumah (Ghana) semasa persidangan awal Pergerakan Negara Tidak Berpihak. Hasilnya, kumpulan negara ini menubuhkan pergerakan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak yang digelar sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). |
shared space | ruang guna sama | Umum | Tiada | Mana-mana ruang fizikal yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja atas permintaan. |
homicide survivor | pemandiri homisid | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Mana-mana orang seperti pasangan, anak, ahli keluarga atau kawan yang telah kehilangan mangsa disebabkan oleh jenayah homisid dan telah terkesan daripada kematian mangsa. Pemandiri ini biasanya mengalami kesan dari segi psikologi, ekonomi atau sosial. Sinonim pemandiri pembunuhan. |
river trail | denai sungai | Alam Sekitar | Tiada | Laluan sepanjang sungai atau mana-mana badan air pada bahagian jajarannya. |
violent behaviour | tingkah laku ganas | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tingkah laku agresif mana-mana individu yang memudaratkan diri sendiri, orang lain atau harta benda. Contohnya, seorang lelaki bersikap kasar dengan teman wanitanya sehingga mendatangkan kecederaan. |
carcinoma | karsinoma | Kejururawatan | Tiada | Ketumbuhan yang malignan yang mungkin berlaku di mana-mana bahagian tubuh. |
violent crime | jenayah kekerasan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang wujud akibat tingkah laku mana-mana individu yang memudaratkan orang lain secara fizikal dengan cara mengugut, mengancam atau menggunakan kekuatan fizikal terhadap mangsa. |