Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp kep kemanakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , manatah mana boleh, bagaimana: seorang ibu manakan jemu me-melihara anaknya; manatah tuan dapat menyebut bahasa Melayu; ~lah terdaya ibu bapa hendak menanggungnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak mungkin; mana boleh: ~ sama masakan isteri dgn masakan orang gaji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manakan

Puisi
 

Sedap kundur dari labu,
     Manakan sama timun betik;
Sedap tidur dalam kelambu,
     Manakan sama atas riba adik.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku,
     kalau tidak dibakar.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
proverbbidalanKesusasteraanPuisiPepatah atau peribahasa yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Pada kebiasaannya isi ataupun amanat yang terkandung dalam sesuatu bidalan itu merupakan nasihat, peringatan, sindiran dan juga panduan hidup. Penyusunan kata� katanya juga lurus dan sederhana supaya dalam maksud yang hendak disampaikan mudah difahami oleh khalayak. Contohnya, seperti di bawah. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Kembali ke atas