pawn benefit | manfaat gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Faedah yang diperoleh daripada barang gadaian. Pada prinsipnya pegadai tidak boleh mengambil sebarang manfaat daripada barang gadaian. Walau bagaimanapun, pegadai dibolehkan mengambil manfaat tersebut untuk menampung kos penjagaan barang gadaian. Contohnya, manfaat menggunakan kenderaan daripada gadaian kenderaan, manfaat susu daripada gadaian binatang, manfaat mendiami rumah daripada gadaian rumah dan manfaat menanam tanaman daripada gadaian tanah. |
rider | rider | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perubahan manfaat yang ditawarkan kepada peserta pelan takaful keluarga dan skim takaful am. Perubahan ini hasil persetujuan peserta untuk mengubah suai syarat dan manfaat perlindungan dalam pelan asas takaful berkenaan. Sebarang perubahan syarat dan manfaat perlindungan akan memberi kesan kepada jumlah caruman yang dibayar oleh peserta. Peserta yang ingin mendapat manfaat tambahan ini perlu membuat caruman tambahan yang kecil. Perubahan manfaat ini boleh diminta oleh peserta selaras dengan keperluannya. Contohnya, manfaat tambahan hospital, manfaat tambahan kematian dan keilatan akibat kemalangan. |
benefit pawned item | barang gadaian manfaat | Ekonomi | Ekonomi Islam | Manfaat daripada barang yang dijadikan sebagai barang gadaian. Contohnya, penggadai menggadaikan manfaat mendiami rumah sewanya secara percuma untuk tempoh tertentu sebagai cagaran kepada hutangnya. Fuqaha’ menyatakan bahawa gadaian ini tidak sah kerana manfaat tidak boleh diserahkan dan tidak boleh dipegang. |
منفعة البضع | manfaat persetubuhan | Agama Islam | Fiqh | Manfaat persetubuhan hasil dari perkahwinan. |
benefit segmentation | petak manfaat | Pentadbiran | Tiada | Pembahagian pasaran mengikut manfaat yang dikehendaki daripada sesuatu keluaran. |
benefit-in-kind | manfaat barangan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sebarang manfaat selain wang. |
ملك المنفعة | hak manfaat | Agama Islam | Fiqh | Hak menggunakan manfaat sesuatu barang yang dimiliki orang lain. |
contract of ownership | kontrak memberi hak milik | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kontrak yang membolehkan pemindahan hak milik sesuatu harta atau manfaat harta berlaku antara pihak yang terlibat. Kontrak ini terbahagi kepada kontrak pertukaran dan kontrak kebajikan. Pemindahan hak milik harta berlaku dari segi kedua-dua fizikal dan manfaat harta manakala pemindahan manfaat harta tidak melibatkan perpindahan milik fizikal harta. |
takaful benefits | manfaat takaful | Ekonomi | Ekonomi Islam | Wang pampasan atau ganti rugi yang dibayar oleh syarikat pengendali takaful kepada peserta yang mengalami bencana. Pampasan ini bertujuan untuk menggantikan semula atau membaik pulih kehilangan, kerosakan atau kemusnahan kepentingan yang dilindungi oleh takaful berkenaan. Jumlah manfaat akan dibayar setelah proses penilaian dilakukan dan bergantung pada nilai lindungan yang dipersetujui. |
benevolent endowment | wakaf | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang dibuat oleh seseorang untuk menahan hartanya supaya manfaat harta berkenaan boleh digunakan bagi tujuan kebajikan dengan hasrat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menahan harta di sini bermaksud, pemberi wakaf tidak boleh lagi memindah milik harta berkenaan kepada pihak lain melalui jual beli, hibah, pusaka dan sebagainya. HaI ini kerana akad wakaf telah menyebabkan harta berkenaan telah menjadi milik Allah untuk selama-lamanya. Namun begitu, pemberi wakaf berhak menentukan jenis manfaat dan penerima manfaat daripada harta wakaf itu. |