social gains | keuntungan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Manfaat yang diperoleh oleh masyarakat kesan daripada perkembangan pembangunan, projek atau program. Keuntungan atau manfaat ini tidak dilihat dari sudut kewangan atau material tetapi lebih membawa makna keuntungan sosial yang bersifat pengukuhan hubungan sosial, peningkatan pendidikan dan daya berfikir, keharmonian hubungan kaum, kestabilan sosial, peningkatan kesedaran sivil dan sebagainya.Idea ini dibincangkan oleh K. Sabbarao (1993) dalam kajian Social Gains from Female Education: A cross National Study. Contohnya, peningkatan pendidikan di kalangan wanita luar bandar telah memberi keuntungan sosial kepada masyarakat tersebut seperti kelahiran beberapa pemimpin politik. |
planning gain | manfaat perancangan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Persetujuan antara pemaju dengan pihak berkuasa perancang untuk menjalankan kerja yang tidak terkandung dalam cadangan pemajuan. Ia memberi faedah kepada kepentingan awam sebagai ganjaran kerana kebenaran merancang. |
increasing insurance | insurans meningkat | insurans | Tiada | Polisi insurans yang menawarkan manfaat kematian yang meningkat mengikut masa. |
varying insurance | insurans berubah | insurans | Tiada | Perlindungan insurans yang menyediakan bayaran manfaat kematian yang menurun atau meningkat. |
ecosystem service | perkhidmatan ekosistem | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kepelbagaian perkhidmatan dan manfaat yang dinikmati daripada persekitaran semula jadi dan ekosistem yang sihat. Ekosistem yang sihat merangkumi agroekosistem, ekosistem hutan, ekosistem tanah lapang hijau dan ekosistem akuatik. |
positive selection | pemilihan positif | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses mutasi alami sesuatu alel, yang memberi manfaat kepada populasi dalam sesuatu persekitaran. |
paid-up life insurance | insurans hayat berbayar | insurans | Tiada | Insurans hayat yang semua premiumnya telah dibayar tetapi manfaat insurans masih belum dibayar kerana polisi tersebut belum matang atau tidak berlaku kematian. |
testimony | testimoni | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pernyataan oleh individu yang mendakwa suatu produk herba atau kosmetik telah memberi manfaat kepada/terhadap kesihatannya. Testimoni tanpa bukti saintifik ini tidak boleh diterima sebagai pembuktian keberkesanan produk. |
external economy | ekonomi luaran | Ekonomi | Tiada | Penjimatan yang terjadi apabila operasi sesebuah firma atau tindakan seseorang individu boleh menghasilkan manfaat kepada pihak lain tanpa sebarang bayaran dikenakan. Misalnya, firma besar yang menyediakan latihan untuk pekerjanya akan mewujudkan ekonomi luaran apabila sebahagian pekerja terlatih itu bekerja dengan firma lain. |
cyberespionage | pengintipan siber | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan memperoleh rahsia dan maklumat sulit tanpa kebenaran dan pengetahuan pemegang maklumat untuk manfaat peribadi, ekonomi atau politik yang dilakukan melalui Internet. |