Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.ku/] | مڠکوق

Definisi : 1. bekas yg dalam drpd tembikar dll tempat mengisi lauk-pauk (nasi dll); 2. cang­kir, cawan: se~ kopi; 3. bk kata yg mem­punyai maksud menghina atau mempermain seseorang, bodoh; ~ basuh tangan mangkuk bekas air basuh tangan; ~ gulai mangkuk utk mengisi gulai; ~ jorong mangkuk yg panjang bulat (utk mengisi air dll); ~ keda(h) sj mangkuk bertutup; ~ lonjak Kl mangkuk tingkat; ~ nasi mangkuk utk diisi nasi; ~ pengadun mangkuk tempat mengadun bahan-bahan masakan dll; ~ perak piala; ~ pijar sj mangkuk yg biasanya dibuat drpd porselin dan digunakan dlm makmal utk melakurkan bahan kimia pepejal; ~ tandas sesuatu spt mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sbg tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas; ~ tingkat mangkuk drpd aluminium dll yg bertingkat-tingkat (utk bekas kuih, lauk-pauk, nasi, dll), rantang, mangkuk tepen, siya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.ku/] | مڠکوق

Definisi : 1 bekas yg jeluk yg dibuat drpd tembikar, logam dsb utk diisi makanan (spt sayur-sayuran, lauk-pauk, bubur). 2 bekas bertangkai tempat mengisi minuman; cawan. ~ basuh tangan mangkuk utk diisi air basuh tangan. ~ gulai mangkuk utk diisi gulai. ~ nasi mangkuk besar utk diisi nasi. ~ perak hadiah berupa mangkuk yg biasanya dibuat drpd perak atau emas; piala. ~ pijar mangkuk yg mempunyai penutup, yg tahan panas tempat meleburkan logam. ~ tingkat (tepen) bekas bertingkat-tingkat yg dibuat drpd logam utk diisi makanan; siya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mangkuk

Puisi
 

Ke bukit membeli mangkuk,
     Mangkuk dibeli buah berangan;
Sukar sulit burung kan masuk,
     Burung biasa makan di tangan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Pinggan dengan mangkuk,
     salah sedikit hendak terantuk.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cupcawan; lengkung; mangkuk;; piala (P.JAS)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Cawan: Bekas minuman berbentuk mangkuk yang terbuka, biasanya mempunyai pemegang, tapak dan dasar.,2. Mangkuk: Bekas yang dalam daripada tembikar dan lain-lain mengisi lauk-pauk, nasi dan lain-lain.
cruciblemangkuk pijarArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada tanah liat digunakan sebagai takungan cairan logam panas sebelum dituangkan ke dalam acuan artifak. Alat ini mempunyai bahagian muncung untuk memudahkan aliran logam keluar. Penyepit digunakan untuk memegang mangkuk ini. Contohnya, mangkuk pijar yang ditemui di Ban Na Di, Thailand.
cruciblemangkuk pijarKejuruteraanTiadaMangkuk atau bekas untuk mengisi bahan yang hendak dilebur, dibakar, atau didehidrat semasa didedahkan kepada suhu tinggi.
cruciblemangkuk pijarKimiaTiadaMangkuk atau bekas untuk mengisi bahan yang hendak dilebur, dibakar, atau didehidrat semasa didedahkan kepada suhu tinggi.
cruciblemangkuk pijarKimiaTiadaMangkuk pijar yang biasanya diperbuat daripada porselin, yang digunakan untuk melakurkan bahan kimia pepejal.
sauceboatmangkuk jongkongPentadbiran PerniagaanTiadaMangkuk untuk menghidang sos atau kuah.
tureenmangkuk hidangPentadbiran PerniagaanTiadaMangkuk untuk mengisi sup.
bidetmangkuk cebokPentadbiran PerniagaanTiadaMangkuk tandas yang mempunyai pancutan air untuk bercebok.
palette cupmangkuk paletKesenianTiadaMangkuk kecil daripada logam yang disepitkan pada palet dan diisi dengan minyak linsid atau turpentin untuk kegunaan pelukis cat.
punch bowlmangkuk mincamPentadbiran PerniagaanTiadaMangkuk untuk hidangan campuran bahan-bahan makanan.
12345678910...

Kembali ke atas