altered taste | rasa terubah | Perubatan | Tiada | Keupayaan deria rasa untuk merasai manis, pahit, masam, atau masin yang berubah akibat gangguan pada reseptor gustatori. |
umami | umami | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Perihal rasa selain rasa manis, masam, pahit dan masin. Umami berasa savouri seperti stok atau berdaging dan dikaitkan dengan garam daripada asid amino yang spesifik terutamanya monosodium glutamat. Rasa umami terdapat dalam makanan seperti kicap dan keju parmesan. |
basic taste | rasa asas | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Rasa masam, manis, masin dan pahit. |
oxymoron | oksimoron | Kesusasteraan | Tiada | Cantuman dua atau lebih perkataan secara berturutan dan maknanya bertentangan, berlawanan dan tidak sepadan. Oksimoron ialah alat bahasa yang lumrah dan berkait rapat dengan paradoks serta antitesis terutamanya dalam karya puisi. Contoh oksimoron terdapat dalam Romeo and Juliet karya Shakespeare. Romeo menggunakan oksimoron seperti �O loving hate�, dan �O heavy lightness�. Dalam bahasa Melayu, oksimoron boleh dilihat dalam ungkapan seperti �pahit manis� dan �susah senang�. Dalam contoh ini, perkataan �susah� berlawanan atau bertentangan dengan perkataan �senang�. Oksimoron ditemui dalam sajak Arena Wati berjudul �Kelahiran�. Petikan sajaknya seperti yang berikut: �Tempatku datang, pindah...� Contoh lain ditemui dalam sajak bertajuk �Ibu yang Satu� oleh Mohd Amran Daud melalui petikan: �Menghiburkan diriku siang malam�. |
caffeine | kafein | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Bahan alkaloid yang berasa pahit dan bertindak sebagai perangsang yang wujud secara semula jadi dalam kopi, teh, dan koko. Kafein meningkatkan tekanan darah, melambat dan menguatkan denyutan jantung dan meningkatkan kepekatan gula dalam darah. Pengambilan kafein berlebihan boleh membangkitkan kepekatan gula dalam darah. Pengambilan kafein berlebihan boleh membangkitkan perasaan teruja. Kafein digunakan sebagai bahan perisa dan perangsang dalam manis-manisan dan minuman. |
Tinospora crispa | Putarwali | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Menispermaceae ini juga dikenali sebagai akar seruntun dan patawali. Tumbuhan jenis pokok memanjat dengan batang yang berbintil-bintil. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, daunnya berbentuk kordat. Jambak bunga jenis rasem dan bunganya berwarna kuning muda. Tumbuhan ini mengandungi alkaloid kuartener, berebrina dan glikosoid furanoditerpena yang memberikan rasa pahit. Pokok ini biasanya ditanam menjalar di pagar. Air rebusan batang diminum untuk rawatan demam, demam kuning, kolera, malaria, kecacingan, kencing manis, darah tinggi, sakit perut. Pokok ini digunakan secara luaran untuk merawat bisa ular, luka dan kudis buta. |
Tinospora tuberculata | putarwali | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Menispermaceae yang dikenali juga sebagai akar seruntun dan patawali. Tumbuhan ini jenis pokok memanjat dengan batang yang berbintil-bintil. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan berbentuk kordat. Jambak bunganya jenis rasem dan bunganya berwarna kuning muda. Tumbuhan ini mengandungi alkaloid kuarterner, berberina dan glikosoid furanoditerpena yang memberikan rasa pahit. Pokok ini biasanya ditanam menjalar di pagar. Air rebusan batang diminum untuk merawat demam, demam kuning, kolera, malaria, kecacingan, kencing manis, darah tinggi dan sakit perut. Air rebusan tumbuhan ini digunakan secara luaran untuk mencuci luka dan kudis buta. |