Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.te.ra] | منترا

Definisi : kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk me­nyembuhkan penyakit dll), jampi; membaca ~ mengucapkan mantera; bermantera telah dimanterai; memanterai mengenakan mantera pd: Pak Sairun sedang ~ anaknya; memanterakan membaca mantera utk se­suatu supaya dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll): maka Hajuman pun dlm antara buyung yg banyak itu dimanterakannya sebuah buyung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.te.ra] | منترا

Definisi : kata-kata yg diucapkan utk mendapatkan sesuatu dgn kuasa ghaib; jampi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mantera
Rujuk :jampi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
incantationmanteraKesusasteraanTiadaPuisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza dan bergantung pada tujuannya. Contohnya, mantera untuk tujuan pemanis adalah seperti yang berikut: Kain peta limau manis, Mari kulipat di dalam talam, Bagai kain pakai manis, Seperti asam dengan garam. Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud �rumus yang berentak� atau `chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas�.
manteramanteraKesusasteraanPuisiBentuk puisi yang susunan diksinya dalam baris-baris ada mengandungi unsur-unsur atau ciri-ciri puisi, seperti rima dan irama. Contohnya, Hei! om pali, Hei! hantu tanah, Jembalang bumi, Kau pergi mengambil semangat roh si anu, Bawa gila kepada aku, Menyala seperti api, seperti nasi mendidih.
charmpuisi pujaKesusasteraanPuisiPuisi tradisional atau puisi moden yang tema dan persoalan serta nadanya mengarah kepada pemujaan. Bentuknya kerap digunakan dalam mantera, jampi dan serapah. Contohnya, seperti mantera di bawah. Seri Dangomala, Seri Dangomali ! Hendak kirim anak sembilan bulan; Segala inang, segala pengasuh; Jangan beri sakit,jangan beri demam; Jangan beri ngilu dan pening; Kecil menjadi besar; Tua jadi muda; Yang tak kejap diperkejap; Yang tak sama dipersama; Yang tak hijau diperhijau; Yang tak tinggi dipertinggi; Hijau seperti air laut; Tinggi seperti Bukit Kaf.
spellsjampi serapahKesusasteraanTiadaUcapan mantera yang biasanya digunakan dalam teater tradisional dan pengubatan tradisional. Kadang-kadang jampi serapah bermaksud kalimat yang dibaca atau diucapkan untuk mendapatkan kesaktian, perlindungan, atau pertolongan terhadap sesuatu. Contohnya, jampi serapah dalam Main Puteri dan Bagih yang popular di Kelantan. Lihat juga mantera, seru puja.
jampijampiKesusasteraanPuisiPuisi yang dibaca bagi mengubat seseorang yang sedang sakit terutama dalam konteks masyarakat tradisional. Lazimnya jampi ataupun mantera ini digunakan atau dibacakan oleh seorang bomoh awu dukun. Ada kalanya jampi atau mantera ini juga dibacakan kepada sesuatu objek seperti keris, tombak dan lembing kerana dipercayai benda-benda ini mengandungi unsur-unsur sakti. Contohnya, jampi "Penawar Bisa" dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional.Bismillahi 'L-rahman 'I-Rahim, Kayu medang, kayu patani. Tumbuh di padang merbani, Akar terhunjam tujuh petala bumi, Pucuk tersandar ke angkasa; Tuan puteri dari angkasa, Membawa tawar sekalian yang bisa, Ipuh putih menawar ipuh merah,
chantdikirKesusasteraanTiadaGabungan ucapan doa atau nyanyian yang disampaikan secara beramai-ramai dengan cara berlagu. Lagu disampaikan dalam bentuk pantun diiringi dengan paluan rebana dan alat muzik yang lain Gaya penyampaian seperti ini juga digunakan dalam gereja seperti Canta Gregory (Gregorian Chant), dan di kuil Hindu atau Buddha untuk lafaz mantera. Lafaz mantera dalam upacara buka panggung, teater wayang kulit, dan makyung juga dianggap dikir, malahan gaya membaca puisi juga menggunakan teknik dikir. Contoh yang terkenal ialah pantun yang digunakan dalam persembahan Dikir Barat.
invocationseru pujaKesusasteraanTiadaJampi serapah dan mantera yang diucapkan dalam teater tradisi bagi memuja dan memanggil semangat untuk menatap sajian. Seru puja dilakukan sebagai sogokan untuk mendapatkan perlindungan daripada anasir ghaib yang jahat. Situasi ini berlaku dalam persembahan wayang kulit dan main puteri. Dalang memanggil semangat supaya memberikan perlindungan kepada panjak tujuh pengantin lima (pemain wayang kulit), serta para penonton yang menyaksikan persembahan. Lihat juga main puteri.
magicmagikKesusasteraanPuisiPuisi yang dicipta dengan kata-kata atau diksi yang mengandungi unsur-unsur sakti atau ajaib. Contohnya,jampi, mantera dan serapah.
magicalmagisKesusasteraanPuisiUnsur bahasa yang luar biasa dan mengandungi keupayaan yang tinggi dan tersembunyi. Umpamanya dalam mengubati orang sakit atau menyaktikan sesuatu benda seperti keris. Unsur magis ini b,inyak terdapat dalam jampi, mantera dan serapah.
folk poetrypuisi rakyatKesusasteraanTiadaPuisi yang disampaikan secara lisan. Puisi rakyat biasanya bersifat lirik, iaitu ungkapan puitis yang dapat digunakan untuk seni kata dalam lagu, cerita, ucapan, dan kegiatan harian. Puisi rakyat biasanya berbentuk pendek, bersukat dan berpola, amat terikat dengan keperluan bait, baris dan rima agar mudah dihafal dan diingati. Namun, terdapat juga bentuk berangkap yang lebih longgar strukturnya dan lebih panjang. Contoh bentuk pendek yang terikat ialah pantun, terutamanya pantuan dua kerat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata. Puisi lisan yang lebih panjang dan longgar ialah mantera, seloka, manakala ungkapan berirama seperti talibun, teromba, gurindam, dan perbilangan. Lihat juga mantera, talibun, teromba.
12

Kembali ke atas