Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.pél] | ماڤيل

Definisi : sj pokok drpd genus Acer yg daunnya berbucu lima, terdapat di Eropah, Amerika dan Asia, dan kayunya banyak digunakan dlm pembuatan perabot, lantai dll: kayu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mapel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
banister-back chairkerusi belakang banisterKesenianHiasan DalamanKerusi ini diambil dari nama sempena penyokong di belakang kerusi. Kerusi ini dibuat daripada kayu mapel dan dicat dengan warna gelap seperti merah gelap dan hitam. Kerusi jenis ini mempamerkan reka bentuk Amerika dan kebanyakannya digunakan sebagai kerusi makan yang kadangkala tidak mempunyai tempat letak tangan. Reka bentuk kerusi ini menggunakan gaya kaki kerusi dari negara Sepanyol, terutamanya pada kaki kerusi hadapan, manakala kaki kerusi belakang dibiarkan tidak beralas. Kerusi ini juga mempunyai penyandar belakang tinggi, sama ada berlengan atau tanpa lengan, yang biasanya mempunyai gelendong (spindle) separa bulat antara palang atas dengan lintasan silang sebagai tempat duduk.
backgammon tablemeja backgammonKesenianHiasan DalamanMeja berukuran 1144 mm persegi yang mempunyai laci di kedua-dua tepi meja untuk permainan backgammon. Meja ini diperkenalkan pada zaman pertengahan dan menjadi terkenal pada abad ke-18. Meja ini terdiri daripada meja dan gabungan bod backgammon yang dilekatkan di atas meja. Kebanyakan meja backgammon diperbuat daripada kayu ash atau mapel. Bahan seperti marmar, kulit atau batu digunakan bagi membentuk pelbagai corak pada meja ini.

Kembali ke atas