maqam | maqam | Muzik | Tiada | Sistem mod melodi dalam muzik Arab. Sistem mod ini merangkumi konsep motif atau formula melodi, formula kadens, hierarki pic, jeda mikroton serta konsep tetrakord. Not skel menaik kadangkala berbeza dengan not skel menu-run. Maqam menggunakan jeda pic seperti 1, xh, M,dan 5A ton. Sistem maqam di Arab sama dengan dastgah di Iran, naghmah di Mesir, taba di Afrika Utara dan makam di Turki. Sinonim maqamat. Lihat juga taba, gusheh. |
maqam (Ar) | maqam | Kesenian | Tiada | Mod Arab. |
maqamat | maqamat | Muzik | Tiada | Lihat maqam. |
qaraf | qarar | Muzik | Tiada | Not pertama dan pusat pic dalam sistem mod maqam di Arab. Lihat juga maqam. |
ghammaz | ghammaz | Muzik | Tiada | Pic yang penting pada klimaks melodi maqam. Ghammaz bermaksud dominan. |
naghmah | naghmah | Muzik | Tiada | Sistem mod melodi muzik Mesir. Sistem mod ini merangkumi motif atau formula melodi, formula kadens, hierarki pic, jeda mikroton serta konsep tetrakord. Sistem naghmah sama dengan sistem maqam di Arab, dastgah di Iran dan taba di Afrika Utara. Lihat juga maqam, taba, gusheh. |
ist | ist | Muzik | Tiada | Not penting dalam sistem mod melodi dastgah di Iran. Ist pada asalnya bermaksud not berhenti. Lihat juga dastgah, maqam. |
taba | taba | Muzik | Tiada | Sistem mod melodi dalam muzik Afrika Utara. Sistem taba merangkumi konsep motif atau formula melodi, formula kadens, hierarki pic, jeda mikroton dan juga konsep tetrakord. Sistem taba sama dengan sistem mod maqam di Arab, dastgah di Iran, naghmah di Mesir dan makam di Turki. |
melodic mode | mod melodi | Muzik | Tiada | Pic tertentu yang menjadi bahan tonal dalam sesuatu karya muzik. Dalam muzik bukan Barat, konsep mod melodi merangkumi motif melodi, formula kadens, berbunga-bunga, hierarki pic menaik dan menurun serta konsep tetrakord. Lihat juga raga, maqam, dastgah, tiao. |
dastgah | dastgah | Muzik | Tiada | Sistem mod melodi Iran. Contohnya, shur adalah antara satu daripada tujuh mod melodi dalam muzik Iran. Shur ialah mod induk kepada empat mod subsidiari, iaitu Abu Ata, Afshari, Dashti dan Bayat-e tork. Sinonim dastgah-ha. Lihat juga maqam, naghmah, taba. |