maracas | marakas | Muzik | Tiada | Alat muzik moden yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang digoncang. Marakas terdiri daripada labu yang berisi butiran biji. Pemegang dipasang pada labu dan dipegang dengan kedua-dua belah tapak tangan. Marakas digoncang untuk menghasilkan rentak tertentu dalam pancaragam atau kombo yang memainkan muzik popular. Kini, alat muzik ini dimainkan dalam ensembel tradisional seperti ensembel dikir barat di Malaysia. |
maracas | marakas | Kesenian | Tiada | Alat perkusi. |
Malay orchestra | orkestra Melayu | Muzik | Tiada | Orkestra muzik popular pada abad ke-20 di Malaysia. Orkestra ini menggabungkan alat muzik Barat seperti piano, gitar, trompet, trombon, saksofon, klarinet, violin, dram dan marakas dengan alat muzik tempatan seperti tabla, rebana dan gambus. Orkestra Melayu mengiringi teater bangsawan, muzik popular dan tarian kabaret. |
dikir barat | dikir barat | Muzik | Tiada | Nyanyian berpantun dengan gaya bersahut-sahutan antara penyanyi solo pertama yang dikenali sebagai juara atau tok juara dengan korus yang dikenali sebagai awok-a wok. Dikir barat merupakan sejenis hiburan sekular rakyat Melayu Kclantan semasa majlis perkahwinan atau majlis keramaian. Tok Juara memulakan sesuatu lagu dengan nyanyian solo tanpa iringan. Manakala penyanyi solo kedua pula bertindak sebagai tukang karut. Tukang karut ini akan mengarang pantun secara spontan. Teksnya berkaitan dengan kehidupan seharian, mesej politik atau pembangunan negara. Dikir barat diiringi ensembel yang terdiri daripada rebana ibu dan anak, tetawak, canang dan marakas. |
nasyid | nasyid | Muzik | Tiada | Lagu Arab berasaskan puisi yang bertemakan kemuliaan ajar-an Islam atau memuji Nabi Muhammad SAW. Lagu nasyid juga dinyanyikan oleh umat Islam di negara lain dalam bahasa tempatan masing-masing. Sejak tahun 1990-an, lagu nasyid telah diubah suai sebagai pop nasyid yang dinyanyikan dalam gaya muzik popular dan diiringi alat muzik genderang seperti rebana, kompang, bongo, loceng dan marakas. Rentak masri biasanya digunakan dalam pop nasyid. Contohnya, Puji-Pujian oleh Raihan dan Intifada oleh Rabbani. |